Friday 7 May 2010

Memancing


Kebiasaannya apabila pemancing tak dapat ikan..mereka akan pergi ke tempat macam gambar di atas untuk membeli ikan kerna risau dimarahi oleh orang rumah...






Memancing..memancing merupakan satu aktiviti untuk menangkap ikan..boleh dilakukan secara solo atau beramai2..pelbagai tujuan kenapa orang memancing..ada yang kata sebagai hobi..ada yang kata mahu mengisi masa lapang..mahu hilangkan stress..tetapi pada entry kali ni..hmbe tak nak bercerita pasal perihal atau tip2 memancing..hmbe nk cerita pasal sikap segilintir pemancing..

Baru2 ni hmbe pergi memancing dekat sebuah kolam pancing berbayar..kolam pancing tu memang famous kat satu daerah tu(daerah dirahsiakan,lokasi kat utara tanah air)..memang selalu menjadi tumpuan kaki pancing..hmbe ni bukannye minat sangat nak memancing..tetapi disebabkan ingin tahu keadaan di kolam pancing pada waktu malam..selain tak nak menghampakan ajakan rakan yang tak nak memancing secara single player..maka hmbe pergi la memancing kat kolam tu..

Lepas habis waktu pejabat pukul 5 ptg dan mempersiapkan kelengkapan pancing dan solat..maka hmbe n mmber bergerak la ke kolam pancing tu..sampai disana dah pukul 6 ptg..sampai kat kolam dan lepas daftar pancing..hmbe pun cari la port yang sesuai dan start memancing..ramai juga orang yang memancing kat kawasan kolam tu..tak kurang dari 50 orang..

Then..apabila masuk waktu maghrib..hmbe dan mmber pi la solat maghrib kat surau yang disediakan oleh pihak pegurusan kolam..mase hmbe pi solat..ade 3 orang yang pi solat termasuk seorang lagi pemancing..lpas solat maghrib hmbe smbung mancing seperti biasa..tempat port hmbe memancing memang dekat dengan surau..so hmbe memang nampak dengan jelas siapa yang yang pi surau.. bermula selepas maghrib kejadian yang pelik telah berlaku..

kejadian yang pelik itu bukanlah disebabkan ade orang yang dapat ikan jerung atau pun
ade yang dapat buaya..tetapi kepelikan yang berlaku adalah..daripada waktu maghrib hingga isyak..tiada seorang pun pemancing lain yang berjumlah lebih kurang 50 orang pi solat kat surau tu..depa semuanya tak berganjak dari kolam..

Nak kata depa period tak juga..sebab kesemua kaki pancing tu lelaki..nak kata depa gila atau sakit sampai tak boleh solat tak jugak..sebab hmbe tengok depa sihat walafiat..siap boleh tarik ikan 5-6 kilo..nak kata surau takda..tak jugak sebab surau memang dah ada..dekat pulak tu..kalau berguling pun boleh sampai kat surau tu..
nak kata depa sibuk ligan ikan sampai tak boleh tinggal pancing..tak juga..sebab hambe tengok ada pemancing yang tak dapat ikan langsung pun ade..tahan hmbe lagi..dapat jugak 2-3 ekor ikan..jadi mengapa depa tak boleh tinggal sat pancing pi solat

Keadaan yang sama juga berlaku apabila masuk waktu solat isyak..pemancing2 tadi tak de pun pi solat kat surau..pemancing2 tu dok melengok je mengharapkan umpan dimakan oleh ikan sambil hisap rokok daun..tak pe la..bab solat isyak kita sangka baik..mungkin depa solat kat rumah..

Sebenarnya hmbe pn trkejut dengan dengan situasi yang hmbe lihat tu..tak sangka disebabkan memancing senang2 je tinggal solat..padahal kalau depa tinggal sat mancing
bukannye rugi pe pun..depa boleh sangat suruh kawan jaga pancing..tapi depa tetap tak nak buat..kesian jugak hmbe tengok depa..rase mcam nak tegur pun ade..tetapi disebabkan iman lemah..hmbe mampu tegur dalam hati je la..

Inilah realitinya umat melayu islam sekarang..ramai yang meninggalkan solat disebabkan perkara dunia..ini baru disebabkan memancing..belum lagi lagi dilihat orang yang meninggalkan solat disebabkan kerja..disebabkan pi pasar malam..disebabkan malas..disebabkan bermusafir..disebabkan tak bangun subuh dan banyak lagi sebab2 yang hmbe sendiri pun tak larat naik taip..

Itu belum lagi dilihat bagi orang yang solat..ramai juga yang mengabaikan solat dengan solat nak dekat habis waktu..ramai juga orang yang solat dengan cincai..ala kadar je..solat ekspress..mengalahkan bas ekspres lagi tu.. kalu bab solat ni..yang hmbe paling menyampah kalau tengok orang laki solat dengan pakai kain pelikat je..tak hormat langsung dengan ALLAH..kalu nak jumpe awek..bukan main smart..cube orang macam tu jumpe awek dia pakai kain pelikat je..confirm lari awek tu..tak pun cube menghadap sultan pakai kain pelikat je..mau kena tempeleng dengan sultan..tapi orang macam ni tahan lagi la dari orang yang tak solat terus..

Jadi tak hairan la sekarang ni macam2 benda jahat yang berlaku..bila seseorang tu tak solat..dia akan jauh dari ALLAH..bila jauh dari ALLAH..dia tak dapt rahmat,taufik hidayah ALLAH..bila tak dapat taufik,rahmat dari ALLAH..dia akan mudah melakukan perkara jahat..bila ramai orang dah buat benda jahat..maka huru hara lah masyrakat..bila masyarakat huru hara..hidup kita pun akan jadi tak tenteram..inilah implikasi yang terjadi kepada individu dan masyarakat apabila ramai orang yang tak solat..

Moral of the story..bersyukur la kita kepada tuhan kerna mendapat taufik dan hidayah untuk mengerjakan solat..kerna ramai lagi orang diluar sana yang tak solat..dan bersama2 lah kita membuka perhatian kepada masalah ini..dan same2 memikirkan apakah tindakan yang boleh dilakukan..ok..finish

7 comments:

  1. best bce pendahuluan dier..
    bole dpt A nih xD

    btol tuh.. xrugi mane pun tinggal bper minit jer pancing tuh..
    solat pun xde yg smpai 30 minit x.x"

    ReplyDelete
  2. btul3..depa ni kalu dh start pncing..3hari 3 mlam pn depa sanggup

    ReplyDelete
  3. Nazz penah la terpikir nak jd kan memancing ni salah satu hobi..tp memandangkan xde geng..terkubur la hasrat itu..

    ReplyDelete
  4. Nasib ila xpndai n xpnh memncing..heheh...syukur...itu la..org laki mmg suka mncg..ehhe

    ReplyDelete
  5. NazzPurple

    kalu xde geng..kalu nak mancing gak..mancing dlam computer..main game fishing..he2

    HoneyBunny

    kalu nak mancing xsalah pun..mancing pun de kebaikan juga..dpat rlekkan fikiran..tpi kalu dh smpai melalaikan tu yg slah..

    ReplyDelete
  6. solat kjap je pn...x de org nk curi pn ikan 2 klau tggl jap...dosa tggl solat dgn sengaja

    ReplyDelete