Sunday 27 December 2009

Kelebihan Solat Jemaah Saintifik

SILA LIHAT DI SINI http://mohdazri.blogspot.com/2008/07/fakta-sains-solat-jemaah.html

Wahai Ibu-Bapa..











Wahai ibu bapa..jagalah anak-anakmu..


Pernah sekali hambe berjumpa dengan seorang remaja si suatu masjid..remaja itu berhari2 tinggal di masjid..kemudian hambe bertanye kepadanye.."kenapa
tinggal di masjid".."saya lari dari rumah" katanye..."kenape lari"..hambe bertanye.."Saya ade masalah keluarga,mak tak sukakan saya,selalu marah dan maki
saya,ayah pula buat tak endah dan panas baran..saya tak tahan duduk di rumah sebab tu saya lari kat sini..saya tak nak dah balik rumah..saya keluar rumah
pun tak bawa duit..selama saya duduk dekat masjid saya makan roti je..itu pun orang masjid bagi"..kate remaja itu..terkedu hambe mendengar kisah remaja itu..
kemudian hambe nasihatkan remaja itu supaya balik ke rumah dan berbuat baik dengan ibu bapanye..juga bersabar dengan perangai ibu-bapanya..kemudian
hambe bagi sedikit wang ringgit kerna kasihankan remaja itu..

Kisah di atas adalah secebis dari senario keruntuhan insitusi keluarga masyarakat sekarang..banyak lagi kisah2 yang lebih tragidis dari kisah diatas..
Inilah realiti sekarang..keruntuhan insitusi keluarga telah melahirkan pelbagai masalah didalam masyarakat..masalah sosial yang melanda sekarang
sebahagian besarnye adalah disebabkan keruntuhan insitusi keluarga..kite dapat lihat sendiri pada waktu sekarang..Ibu bapa yang tak endahkan anak2...
anak2 yang berkelakuan kurang ajar..pelbagai masalah sosial dan jenayah..mengapa ia berlaku..hampir semuanye disebabkan ibu bapa yang tak mendidik
anak dengan sempurna..


Pernah sekali hambe berbicara berkenaan keruntuhan insitusi keluarga dengan seorang pakcik dan die berkata kepada saya..
"Jangan salahkan ibu bapa kalau anak jadi tak baik, Ibu bapa mana yang hendak anak jadi tak baik"..hambe setuju dengan kenyataan itu..cume hambe ingin
menambah sedikit..tetapi jika ibu bapa itu sendiri tak mendidik anaknye menjadi baik..jangan salahkan anaknye itu..salahkan dirinye sendiri..lain la
kalau anak itu sudah dijaga dengan baik..inilah masalah ibu bapa sekarang..mereka hanya menyalahkan anak mereka 100% apabila anak mereka berbuat
jahat..walhal sebenarnye diri mereka sendiri la yang patut disalahkan dulu kerna tak mendidik anak dengan betul..


Hambe lihat pada waktu sekarang,kebanyakan ibu bapa memang tak mendidik anak2 dengan betul..Kalau anak tak sembahyang..mereka tak tegur..anak2
gadis dibiarkan keluar bebas dengan pakwenye tanpa sebarang halangan dari ibu bapa..anak2 gadis dibiarkan berpakaian menjolok mata. ..anak2 tak diberi pendidikan agama yang betul..anak2 dibiarkan
bebas keluar malam..anak2 dipenuhi sahaja permintaan mereka tanpa memikirkan baik buruk kepada anaknye itu..anak2 selalu ditengking dan dipukul..
anak2 bebas berkawan dengan siapa sahaja..anak2 tak diberi layanan yang sama..ibu bapa jarang berada di rumah sehingga menyebabkan anak2 tak mendapat kasih sayang..
dan bermacam2 lagi perkara salah yang dilakukan oleh ibu bapa yang menyebabkan anak mereka menjadi jahat..


Konklusinya..wahai ibu bapa..didiklah anak2 dengan betul..didiklah dengan pelajaran agama..ajarlah mereka mengenai iman,akidah,akhlak dan hukum-hakam..
didiklah mereka sejak kecil lagi..kawal pergaulan mereka dan dengan siapa mereka berkawan..Nasihat mereka dengan hikmah dan kasih sayang..
dengarlah rintihan mereka..dan berdoalah kepada Allah supaye anak2 menjadi orang yang soleh..supaye masyarakat kite dapat menjadi umat islam yang
cemerlang..Insyallah..amin..Wallahu'alam

'
'

Ulasan Buku(3)





Muntakhab Ahadith


Buku ini adalah himpunan hadith2 pilihan berkenaan dengan enam sifat dakwah jemaah tabligh..disusun oleh ulama jemaah tabligh
iaitu Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Khandahlawi..buku ini setebal 803 m/s dan berharga RM30. Terbitan KLANG BOOK CENTRE.
Boleh didapati di hampir semua kedai buku agama..

komen=> Buku ini sangat bagus,mengandungi beribu2 hadis yang mengalakkan lagi kite meningkatkan amalan agama..sesuai dibaca
seisi keluarga dan setiap hari..bagi hambe ia menghimpunkan hadith2 yang memotivasikan diri untuk beramal..
Saranan hambe..anda patut memiliki buku ini untuk dijadikan bacaan harian bagi memotivasikan diri untuk beramal..Wallahu'alam..

Solat





Baru2 ini hambe ade dengar satu ceramah..ceramah itu benar2 mengejutkan hambe.. dalam ceramah itu ustaz tu ade beritahu berkenaan solat..die kata dalam kajian
berkenaan solat yang dilakukan oleh
rakannye terhadap 800 remaja ..hanya 100 orang yang menjaga solat..dari 100 remaja setelah diteliti hanye 8 orang!!
yang tak pernah meninggalkan solat..Masyallah.. bila hambe dengar kajian tu rupe2nye ramai orang islam di Malaysia yang tak menjaga solat..selepas itu
hambe cube search di internet berkenaan berapa ramai orang islam di malaysia yang tak solat..kemudian hambe jumpe satu artikel berkenaan kajian solat
oleh dr.fadzilah kamsah..mengikut kajian dr.fadzilah hanya 30% umat islam di Malaysia yang benar2 menjaga solat 5 waktu..maknenye dalam 10 orang
hanye 3 orang sahaja yang menjaga soalat 5 waktu..Allah ya rabbi..kemudian hambe termenung sebentar..mengapa umat islam sekarang ramai yang meninggalkan
solat..tidak tahukah mereka solat itu tiang agama..jadi apabila merka tak solat..bermakna mereka telah meruntuhkan agama dalam diri mereka..tidak tahukah
mereka yang solatlah yang pertama sekali akan dihisab di akhirat kelak..kalau solat sangkut..maka amalan2 lain juga akan tersangkut..tidak tahukah
mereka yang Allah s.w.t mengancam dengan azab kubur dan neraka bagi siapa yang meninggalkan solat walaupun sekali..tidak tahukah mereka yang
solat mengandungi kelebihan2 yang amat banyak..hambe yakin kebanyakan orang yang tak solat mereka tahu akan perkara2 diatas tetapi mereka mungkin telah melupakannye..tetapi mungkin juga disebabkan
faktor2 dibawah menyebabkan merka tak solat

1. Kelemahan iman

2. Sibuk dengan urusan dunia

3. tidak tahu fadlihat solat

4. Buat taK tahu ancaman bagi orang yang tinggal solat

5. Malas

6. Tak dididik oleh ibu bapa tentang solat

7. lalai dengan hiburan


Tetapi walauapapun faktornye..perkara ini memang menjadi barah dalam masyarakat umat islam di Malaysia..ini baru di malaysia belum lagi di luar negara..
apepun kite perlu mengambil serius perkara ini.. ini kerana meninggalkan solat samalah seperti perkara mungkar yang lain.. iaitu jika ramai umat islam yang tak solat perkara ini akan mengundang
bala Allah s.w.t..bile bala turun semua orang akan kena termasuklah orang2 yang baik..jadi tanggungjawab kite adalah dengan menegur orang yang tak solat..
nasihatlah dengan berhikmah kepada mereka itu..hambe akui memang bukan mudah hendak menasihatkan orang kerana ia akan mengundang cemuhan orang..tetapi
kite harus ingat..perkara yang hak mesti ditegakkan..nak tak nak mesti kena tegur..orang suke ke tak..mesti kena tegur.. sebabnnye kite tak nak kite
dipersoalkan oleh mereka di akhirat kelak kerana tak menegur mereka..semoga Allah s.w.t beri kekuatan kepada hambe dan kalian untuk menegur orang
yang tak solat..amin..Wallahu'alam.

Solat Berjemaah






Dewasa ini, ramai umat islam di malaysia khususnya buat kaum lelaki telah meninggalkan satu perkara yang amat penting iaitu
solat berjemaah di masjid..kenapa ia penting? kerna solat adalah fardu kifayah..kerna jika tiada orang yang solat berjemaah di satu2 kawasan..semua orang
di situ berdosa..kenapa ia penting?..masakan tidak penting jikalau rasulullah s.a.w sendiri pernah mengatakan yang baginda ingin membakar rumah
orang yang tak bersolat jemaah di masjid..kenapa ia penting?..kerna dengan solat berjemaah la umat islam bersatu padu dan menghormati satu sama lain..
kenapa ia penting?..kerna ia mengandungi begitu banyak kelebihan contohnye solat berjemaah 27 kali ganda lebih baik dari solat bersendirian..kenapa
ia penting?..kerna dengan solat berjemaah kekurangan dalam solat dapat ditutupi..kenapa ia penting?..kerna ia adalah sunnah nabi s.a.w..
kenapa ia penting?..kerna dengan solat berjamaah kite memuliakan rumah Allah dan dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t dan bermacam2 lagi..

Tetapi sedihnye pada hari ini..masjid2 hanya dikunjungi pada hari jumaat..hanya dikunjungi pada hari raya..hanya dikunjungi bila nak bernikah..
hanye dikunjungi apabila berlaku kematian..maaf cakap dan hambe minta ampun dari Allah s.w.t ..masjid pada hari ini seolah2 dijadikan seperti kuil/tokong oleh kebanyakan umat islam
sekarang kerna tokong/kuil dikunjungi penganutnye hanya pada hari tertentu..tetapi masjid bukannye seperti itu..hanya dikunjungi pada hari tertentu..
masjid sepatutnye dikunjungi sekurang-kurangnye 5 kali sehari..iaitu pada waktu solat..bahkan kite dianjurkan untuk selalu mengunjungi rumah Allah s.w.t
untuk beribadat didalamnye..bahkan tidur di masjid pun mendapat pahala dengan syarat diniatkan itikaf..tetapi realitinye pada hari ini..solat berjemaah
di masjid majoritinye adalah warga emas dan orang pencen..anak muda ade 2-3 kerat sahaja..dimanakah lagi kaum2 muda lelaki..masjid sekarang besar2 dan
indah..tetapi kosong dengan jemaah..ade beberape surau/masjid hanye solat maghrib dan isyak sahaja yang ade berjemaah..lagi menyedihkan..ade surau
yang langsung tidak ade jemaah bersembahyang didalamnye..yang ade didalmnye hanyalah cicak dan lipas..inilah realiti sekarang..disini hambe ingin
menekankan dua perkara iaitu pentingnye kite untuk berjemaah di masjid dan mengunjungi masjid..jikalau ini tidak dapat diubah dalam umat islam
sekarang..hambe yakin kite pasti tak akan dapat menyelesaikan masalah umat islam yang melanda sekarang..hambe juga yakin kite pasti tak akan dapat
menumpaskan musuh2 islam jika ramai umat islam tak berejemaah di masjid..semoga Allah s.w.t beri hidayah kepada hambe dan kaum lelaki diluar sana
untuk menjaga solat berjemaah di masjid..Amin..Wallahu'alam..



Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnye.."Barangsiapa yang menghadiri solat isyak secara berjemaah, maka seolah-olah ia telah mendirikan solat sunat pada separuh malam, dan barangsiapa yang menghadiri solat isyak dan subuh secara berjemaah, maka ia seolah-olah telah mendirikan solat sunat semalaman.(Diriwayatkan oleh Muslim)



Ibnu Abbas r.a berkata: "Barangsiapa mendengar azan, tetapi ia tidak menyahutnya(tidak mendirikan solat berjemaah),maka orang itu jelas tidak dikehendaki oleh Allah menjadi orang yang baik dan ia tidak menghendaki kebaikan untuk dirinya sendiri."(Dipetik dari Ihya'Ulumuddin)

Ulasan Buku(2)





40 Amalan Merawat Kerasukan Jin

Buku ini Karangan Drs.Hj.Hanafi Mohamed dan terbitan AL-HIDAYAH PUBLICATION. Buku ini baru diterbitkan pada 2009.
Buku ini terbahagi kepada..

1.Hakikat kewujudan jin
2.Gangguan jin dan sebab-sebabnye
3.Amalan merawat gangguan jin
4.Langkah mencegah gangguan jin

Buku ini bagus dibaca untuk sesiapa yang ingin belajar cara2 merawat gangguan jin. didalam buku ini diterangkan tentang jin itu sendiri.
sebab2 terkena gangguan,syarat2 sebelum merawat..cara2 merawat dan langkah pencegahan..cara rawatan yang diterangkan
juga tidak diragukan kerana ia mengambil dari bacaan ayat AL-QURAN dan doa dari Rasulullah S.A.W..buku ini hanyalah berharga RM6.00 dan setebal 68m/s..
Namun hakikatnye merawat gangguan jin bukanlah mudah..seseorang itu hendaklah yang benar2 bertakwa dan mengamalkan sunnah dalam
kehidupan..sebenarnye lebih afdal kite berguru dengan ustaz2 yang alim cara merawat gangguan jin kerana tak semua ilmu merawat jin terdapat
didalam buku ini..tetapi sebagai basicnye..buku ini patut dibaca untuk sesiapa yang hendak berjinak2 dalam merawat gangguan jin..

Kristian

GAMBAR HIASAN



Pada pagi 25 dec hambe bukak tv lihat rancangan MHI..di hujung siaran ada memaparkan persembahan mary chrismas
. Tiada yang pelik pada persembahan itu..cume bangsa peserta persembahan itu yang hambe musykil..sebab yang
kite sedia maklum majoriti penganut kristian di Malaysia adalah bangsa cina..tetapi hambe lihat kebanyakan warna
kulit peserta2 itu sawo matang..jadi budak2 itu bukannye orang cina..hendak dikatakan budak2 itu orang india
bukan juga..sebabnye warna kulit budak2 tu bukannye gelap..jadi sahlah peserta2 persembahan itu orang MELAYU!!!
Bangsa kite!!!

Jadi bile hambe lihat persembahan itu hambe jadi waswas..Budak2 ni beragama ape..kalau
mereka orang kristian hambe tak hairan la sebab sekarang ini memang ramai orang melayu yang murtad..mungkin
budak2 ini adalah anak kepada orang melayu yang telah masuk kristian..tambahan pula seorang
mufti pernah mengatakan jumlah orang melayu yang murtad mencecah ratusan ribu orang..masyallah..kalau diorang
berada di zaman Abu Bakar r.a dah lame diorang kena pancung..

Kalau budak2 tu beragama islam..perbuatan persembahan diorang itu boleh menjejaskan akidah..sebabnye perbuatan
persembahan diorang itu seolah2 memuliakan hari christmas/natal..perkara macam ini tak boleh dikompromi..soal
akidah mane boleh dibuat main2..silap akidah boleh menjadi murtad..

Jadi jikalau budak2 tu beragama islam perkara sebegitu memang hambe sangat kesali..kerana diorang masih kecil
lagi..pemikiran mereka masih tidak matang..mengapa mak ayah diorang tak menghalang..?

Buat kalian semua..jika kalian tahu status agama budak2 melayu yang buat persembahan itu..beritahulah hambe kat
ruangan komen dibawah..terima kasih..

Sunday 20 December 2009

Pest and Disease(2)



Adakah kemusnahan ini boleh mengambarkan kemusnahan sosial yang
dihadapi umat islam sekarang?





Seperti yang dijanjikan,hambe akan menyambung kembali berkenaan pest and disease kepada masyarakat islam seperti yang telah hambe terangkan secara
ringkas pada publish yang sebelum ini..pest and disease kepada umat islam yang hambe fikir ada pada waktu ini adalah...


1.Hiburan

2.Sukan

3.Islam liberal

3.Perundangan barat

4.Demokrasi

5.Pentadbiran dan ekonomi yang tak mengikut islam.

6.Sikap buruk dalam diri


1.Hiburan

Dewasa ini,hiburan telah menjadi suatu kemestian kepada masyarakat islam khususnya orang melayu sendiri..tanpanye..sebilangan manusia seolah2
hilang punca,hilang pedoman,resah gelisah jikalau tak mendengar radio,rase tak kena jikalau tak dengar lagu artis kesayangan,merasakan seharian
tak lengkap jikalau tak menonton filem atau drama dan bermacam2 lagi kiasan..kenapa sebilangan manusia memerlukan hiburan?..bermacam2 jawapan yang
akan diberikan..kebanyakan mengatakan yang die mahu menghilangkan kebosanan, mahu mengisi masa lapang dan mahu menghiburkan diri..tetapi sedarkah
orang melayu sekarang yang hiburan yang melalaikan sebenarnye adalah perosak kepada umat islam..ini kerana disebabkan hiburanlah yang menyebabkan
orang melayu lupa kepada Allah..disebabkan hiburanlah yang menyebabkan orang melayu membuat perkara2 mungkar..Kite lihat berkenaan dengan lagu..
lagu yang melalaikan yang berulang2 kali didengar akan secara tak langsung akan menganggu ibadah kite..pasti lagu2 itu akan di"play" balik
dalam imiginasi kite sewaktu solat dan ini secara tak langsung akan menganggu solat kite..begitu juga dengan filem2 atau drama..pasti kite akan
terbayang2 balik cerite yang kite lihat sewaktu kite solat..jadi dimanakah kesempurnaan solat itu..kite lihat pula dalam situasi konsert..kite lihat
rantaian dosa yang dibuat apabila melihat konsert..first..apabila sifulan hendak pergi ke konsert..mestilah sifulan itu nak datang awal..
konsert start pukul 8.00 mlam..mestilah paling kurang pkul 7.oo mlam mereka dah terpacak dekat situ..jadi solat maghrib dah tertinggal..kemudian
kalau sifulan itu datang dengan couple..dapat satu lagi dosa..sebab bersekedudukan..kemudian bile konsert dah start..dapat lagi satu
dosa sebab lihat aurat penyanyi..dalam industri hiburan yang tutup aurat..boleh bilang dengan jari kaki sahaja..kemudian kalau kena konsert liar..
sifulan itu tak teragak2 nak minum arak..dapat satu lagi dosa..kemudian dah habis konsert..kepala dah pusing mulalah sifulan tu nak berzina dengan
couple die..dapat lagi stu dosa..masyallah..inilah realiti sekarang..


Kemudian kite lihat pula berkenaan dengan rancangan2 di tv yang sebenarnye amatlah membimbangkan hambe kerana ia memberi impak yang maksima
kepada masyarakat kite..bile kite bukak tv pun dah dapat dosa sebab lihat orang yang tak menutup aurat.. dengan banyaknnye pertumbuhan rancangan realiti di tv,drama dan
filem bagai "katak meng"ong" selepas hujan" yang sebenarnye memberi impak yang sangat negatif kepada masyarakat melayu..ini kerana rancangan sebegini
telah menghilangkan minat orang melayu untuk mendalami agama islam seterusnya untuk mengamalkan amalan agama islam yang sebenar..kerna orang melayu
akan terus leka apabila melihat perkara2 macam ini..Ade beberapa rancangan di tv yang memang hambe xbersetuju..1.rancangan realiti mencari penyayi/pelakon baru..
kerna ia menggalakkan orang melayu menjadi penyanyi/pelakon disamping mendatangkan dosa kepada penonton..2.Rancangan drama yang memaparkan cinta dan imej kaya..
kerna ia menggalakkan orang melayu bercouple dan bermewah2..3.Rancangan kartun..kerna ia melekakan kanak2..4.Iklan..kerna banyak iklan yang menjolok mata..
5.Rancangan sewaktu waktu solat..kerna ia melengahkan penonton untuk solat..6.filem dan drama barat..kerna penonton akan terpengaruh dengan budaya barat..
7.Rancangan gosip artis..kerna ia menggalakkan orang untuk mengupat..jadi jelas kite lihat banyaknye keburukan yang ade seperti yang hambe katakan di atas..
itu belum ditambah dengan majalah hiburan yang memaparkan maksiat dan umpatan.. tv tak dinafikan memang ade perkara yang baik seperti forum agama,ceramah dan
berita tetapi seimbangkah rancangan itu dengan rancangan hiburan?..

Buat "penggiat seni" diluar sana..ingatlah bahawa ape yang anda buat ini adalah salah. kerna anda telah melalaikan masyarakat islam dengan perkara2
hiburan yang tak disukai oleh Allah..ingatlah..nyanyian dan lakonan anda adalah berdosa jika ia telah menyebabkan umat islam leka dari agama..tidakkah
anda sedar perbuatan anda mendedahkan aurat bukan sahaja mendatangkan dosa kepada anda bahkan menyebabkan ribuan orang yang menonton mendapat dosa sama?..
Tidakkah anda sedar yang hiburan ini merupakan senjata syaiton dan yahudi untuk menyesatkan umat islam..? adakah anda yakin yang rezeki itu diberkati
jika pekerjaan ini melalaikan manusia?..ingatlah anda akan mendapat dosa juga jika peminat anda mengikut perkara buruk yang anda telah
tunjukkan kepada mereka..ingatlah..bekerja di kebun sayur adalah lebih baik bagi anda daripada menjadi penyanyi/pelakon..hambe tiada niat untuk menghina
sesiapun didalam industri hiburan..cume hambe ingat lihat mereka berubah..berubahlah..hambe doakan supaya penggiat seni diberi petunjuk oleh Allah untuk
untuk berubah..amin..(penggiat seni yang memperjuangkan agama islam terkecuali dari perkara diatas)

Kesimpulannye..bersamalah kita mengurangkan penglibatan kite dalam hiburan yang melalaikan kerna jelas hiburan telah menyebabkan kite alpa..disamping itu bersamalah
kite menyebarkan keburukan hiburan ini demi bangsa kite..kite tentunye tak mahu lihat masyarakat kite hancur kerna perkara2 sebegini..tentang perkara 2,3,
4,5 dan 6 insyallah hambe akan kupas di lain kesempatan..Wallahua'alam..

Hukum Hudud






Sebentar tadi hambe baca kosmo..didalam ruangan luar negara ade dimuatkan berita mengenai hukuman rejam sampai mati kerana kesalahan berzina
di negara somalia..berita itu menunjukkan 3 gambar iaitu gambar semasa pesalah ditanam dalam tanah..gambar semasa pesalah ditimbus tanah sampai
keleher dan gambar semasa pesalah itu direjam sampai mati..mule2 bila hambe tengok gambar2 tu..terdetik fikiran jahat di benak hambe..
"ish..kejamnye.."..kemudian selepas hambe berfikiran semacam itu..hambe kembali tersedar.."ish..mane boleh aku fikir macam tu..kalau aku
fikir macam tu bermakna aku tak yakin hukum islam..kalau aku tak yakin hukum islam..aku boleh jadi murtad"..kemudian hambe beristighfar beberapa kali..
selepas itu..hambe cube berfikir.."kenapa Allah turunkan hukum semacam ini..kenapa Allah suruh potong tangan orang yang mencuri..kenapa
Allah suruh rejam sampai mati orang yang berzina dan kenapa Allah suruh pancung orang yang membunuh..dari segi mata kasar memang la nampak
kejam dan mengerikan..tetapi setiap ape yang Allah suruh pasti ade hikmahnya.." kemudian selepas hambe berfikir dengan saksama..hambe dapat
jawapannye iaitu..

"Supaya umat islam yang melihat perlaksanaan hukum itu menjadi gerun dan tak berani membuat kesalahan"

Sebabnye..hambe yakin orang yang melihat perlaksanaan hukum ini pastinya kecut perut melihatkan hukuman itu..bahkan hamba yakin hatta orang yang
paling kejam pun akan kecut perut melihatkan hukuman itu..bila dah kecut perut..mestilah kite tak berani nak lakukan kesalahan sebabnye kite akan terbayang2
hukuman itu apabila melakukan kesalahan..ini seterusnya dapat membendung dan mengurangkan pembunuhan,rompakan dan zina didalam masyarakat umat islam..
Allahuakbar..betapa hebatnye Allah mencipta hukum..memang jauh berkesan untuk membendung kejahatan berbanding dengan hukuman ciptaan manusia..buktinye..
kite dapat lihat di Arab Saudi..kadar jenayah di Arab Saudi yang mengamalkan hukum hudud jauh berkali2 ganda lebih rendah berbanding dengan negara2 lain
yang tak mengamalkan hukum hudud..contohnya di Amerika pembunuhan berlaku hampir setiap 30 minit dan hampir setiap jam berlaku rompakan..maka dimanakah
keberkesanan undang2 barat yang dilaungkan oleh mereka..Allah ya Rabbi..di dunia lagi Allah telah tunjukkan kebenarannye..tapi perkara ini pasti
ada penentangnya..akan ada orang yang berkata.." kesian la dekat pesalah itu,kena potong tangan "..untuk menjawab persoalan ini kite boleh katakan.."Allah tak pernah
menganayai manusia..tetapi manusia la yang menganayai diri sendiri..kesalahan yang dilakukan adalah disebabkan pilihannya sendiri..dia sendiri
yang memilih kejahatan..jadi didunia ini..untuk menebus kesalahannye..rela atau tidak..die harus menjalani hukuman islam iatu hukum hudud selagi die masih seorang islam ..jadi sekurang2nye
apabila di akhirat
kelak die tak akan dipertanggungjawabkan tentang hukuman hudud itu ..itu lebih baik buatnye berbanding dengan orang yang sepatutnye kena hukuman
hudud di dunia tetapi dia tak menjalani hukuman itu..di akhirat dia akan disoal oleh Allah tentang hukum hudud itu..itu pastinya akan menambah
bebannya diakhirat."


Konklusinye..apepun persepsi kite tentang hukum hudud..yakinlah bahawasanya inilah satu2nya hukum yang boleh menyelesaikan masalah sosial dan jenayah
yang umat islam sedang hadapi sekarang kerna hukuman yang Allah turunkan pasti dan pasti akan membawa kebaikan kepada umat islam..cume di Malaysia ini
kite tidak dapat melaksanakannye lagi kerna masalah pemerintahan..kepada pemimpin2 diluar sana..buatlah sesuatu..laksanakanlah hukum islam kerna ia pasti
membawa kebaikan dan juga anda pasti akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak..kalau tak boleh laksanakan terus..buatlah sikit2..yang penting anda
ade niat untuk berubah..itu yang penting kerna Allah pasti akan membuka jalan kepada orang yang hendak buat kebaikan..(segala pendapat diatas tidak ade
kaitan dengan mana2 parti politik,ini adalah pendapat hambe sendiri)..wallahu'alam..

Ulasan Buku







Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah S.A.W


.
Pada kali ini hambe ingin berkongsi satu buku yang patut dibaca berjudul "Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah S.A.W". Buku ini adalah karangan
Zulkarnaian Dollah dan diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA. Baru diterbitkan pada tahun ini . Buku ini kecil sahaja..setebal 85 M/S tetapi padat
dengan ilmu yang berguna..Buku ini terbahagi kepada 5 bab iaitu


Bab 1=Sunnah2 Rasulullah dalam amalan seharian.
Bab 2=Sunnah2 Rasulullah ketika solat
Bab 3=Sunnah2 Rasulullah pada waktu pagi dan petang
Bab 4=Sunnah2 Rasulullah dalam situasi tertentu
Bab 5=Ciri2 fizikal dan mukjizat Rasulullah

Secara keseluruhannye buku ini amat bagus kerana menceritakan sunnah Rasulullah dari waktu pagi hingga ke petang..sumbernye juga dipercayai kerana
penulis telah mengambilnya dari hadis2 yang sahih..walaupun buku ini tak setanding dengan kitab2 sunnah Rasulullah karangan imam2 besar..
Tetapi ia amat sesuai dengan kebanyakan orang zaman sekarang yang mancari2 buku2 agama yang ringkas tetapi padat dengan ilmu berguna..
Buku ini hanyalah berharga RM4.00...Saranan hambe..kalian patut memiliki buku ini..

Monday 7 December 2009

Apa nak jadi bangsaku(2)




Keruntuhan moral dan akhlak bangsaku melayu yang beragama islam amatlah membimbangkan..keruntuhan akhlak bangsa melayu telah capai tahap kritikal..
kalau tidak diubah maka tidak mustahil ia akan menjadi tahap ICU dalam 15 tahun akan datang..hambe fikir inilah punca masalah..



1.Industri hiburan termasuklah nyanyian,drama,filem,rancangan realiti,majalah2 yang tak berfaedah dan macam2 lagi

2.Mak bapak yang tak bagi didikan agama/tak bagi kasih sayang/tak hiraukan masalah anak2 dan tak menegur anak2

3.Pengaruh rakan2

4.Internet.

5.Banyaknye disko, kelab malam,pusat judi dan shopping complex

6.Pengaruh budaya barat.

7.Lu fikir la sendiri


Ok..First hambe tak akan terangkan berkenaan dengan punca yang ke-1 dan 2 pada kali ini kerana nanti hambe akan posting satu bab khas berkenaan
dengan perkara itu..

3.Kite lihat dahulu tentang faktor pengaruh rakan2..zaman remaja merupakan zaman yang mane kebanyakan orang merasakan yang die perlu enjoy..perlu
bersosial sampaikan tersosial sampai kat bilik hotel..perlu up to date..perlu mengikut kata rakan2 dan macam2 lagi yang kalian sendiri pun tahu..
tetapi masalah timbul apabila perkara2 ni tak dikawal dan menyebabkan keburukan kepada diri mereka sendiri..manusia memang perlu berkawan tetapi
tidak semua orang boleh dijadikan kawan..kan nabi s.aw. pernah bersabda yang maksudnye "seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan
sahabatnye.Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat" jadi penting untuk kite memilih sahabat..kalau baik kawan kite jadi baiklah kite..
kalau buruk sahabt kite make buruk la kite jadinye..jadi penting remaje2 sekarang memilih rakan..biarlah rakan2 kite mengatakan "Ape la,ketinggalan
zaman la kau ni","tak mature la kau ni","hidup kite masih mude lagi bai" dan bermacam lagi ayat yang kite sendiri mungkin pernah alami..biarlah orang kate
apepun asalkan agama kite selamat dan kite tak terjerumus ke kancah gejala maksiat..


4.Internet..memang internet sangat penting hari ini..tanpa internet kite tak tahu dunia luar,perhubungan menjadi terbatas dan urusan menjadi terbantut..
tanpa internet kite pun tak boleh berblog bukan? tetapi internet juge mempunyai keburukannye juge..iaitu laman web lucah/porno..mengikut statistik
yang dikeluarkan..terdapat berjuta-juta laman web/blog lucah yang yang terdapat di alam maya ini..inilah barah yang terdapat dalam internet..masa kini
kebanyakan rumah ade internet..malah cc telah banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan..ini semua memudahkan kite sebenarnye tetapi ia juga memudahkan
remaja untuk mengakses web lucah..ketiadaan sekatan kandungan internet di malaysia tercinta ini memudahkan lagi remaje untuk mengakses..akibatnye minda
dan pemikiran remaja telah dipenuhi dengan berbagai2 benda lucah yang menyebabkan mereka mencari2 tempat untuk melempiaskan nafsu mereka..maka
terjadilah zina,rogol dan berbagai perkara maksiat..ape yang kite boleh buat..? kite pasanglah software2 yang boleh memblock web2 lucah dari memasuki
komputer kite supaye ahli keluarga,anak2 dan kawan2 tidak boleh mengakses web2 tersebut dari memasuki comp. kite..


5.Banyaknye disko, kelab malam,pusat judi dan shopping complex--

Pada era 2000 ini telah banyak pembangunan yang telah dijalankan, seiring dengan itu juga, disko, kelab malam,pusat judi dan shopping complex pun turut same berkembang pesat di negara ni..yang membezakannye adalah pembangunan membawa manfaat kepada rakyat manakala disko, kelab malam,pusat judi dan shopping complex telah membawa mudarat kepada negara..hampir setiap bandar di malaysia mempunyai prasarana
yahudi ini..akibatnye ramailah anak2 melayu kite yang pergi enjoy di sana..istilah sekarang orang panggil "clubbing",orang dah tak panggil "pergi disko".Apepun istilahnye, perkara ini telah membawa anak2 melayu ke lembah maksiat dan dosa..kite lihat satu persatu rantaian dosa apabila seseorang itu pergi "clubbing".

Dosa 1= mendedahkan aurat..ade ke lihat orang yang pakai tudung..pakai baju kurung..pakai kopiah/serban pergi ke club..tentu tiada bukan..mesti la diorang pakai pakaian yang ketat dan mendedahkan aurat..malahan orang ramai pun dapat dose kering
tengok diorang berpakaian macam tu..

Dosa 2= Minum arak..kalau kite tanye orang yang selalu "clubbing"..diorang minum arak ke x..confirm diorang kate minum..kalu xselalu mesti dioarang pernah cube 2-3 kali..nabi s.a.w pernah bersabda yang lebih kurang maksudnye "Amalan orang yang meminum arak tak akan diterima selama 40 hari" menunjukkan betape beratnnye kesalahan meminum arak..

Dosa 3=Menagih dadah..bila dah ade dekat club mesti la diorang nak menari bukan?..jadi mulalah diorang mengambil dadah seperti ecstacy,syabu,pil khayal dan bermacam2 lagi bagi meningkatkan "Tahan lama" semasa diorang menari..malah diorang boleh menari sepanjang malam dengan satu pil sahaje..yang untungnye tentulah "pusher" dadah tu..yang ruginye diorang sendiri sebabnye bukannye murah pil2 itu..ade yang sampai RM50 1 pil..lebih teruk lagi diorang boleh jadi penagih
apabila mengambil dadah terlalu kerap..


Dosa 4=Berzina..apabila kepala dah pening dan mabuk mulalah nafsu seks mereka meningkat..maka terjadilah zina/rogol/sumbang mahram yang telah menjadi bala dalam masyarakat melayu..malahan ade yang xsedar yang diorang melakukan zina/rogol kerana terlalu pening dan mabuk..malahan ade yang sanggup merogol budak kecil dan anak sendiri..masyallah..bila dah jadi macam tu martabat manusia jadi lebih teruk dari
haiwan kerana haiwan pun tak buat macam tu kat anak die..

Dosa 5= tak sembahyang..orang yang pergi "clubbing" ni kalau die kate die jage solat 5 waktu..memang die seorang yang temberang..orang yang jaga sembahyang tak akan buat perkara macam tu..kalau diorang sembahyang pun hanya beberapa kali dalam seminggu..insyallah..hambe akan mengupas berkenaan dengan solat pada lain kali..


Inilah rangkaian dose yang didapati apabila seseorang itu pergi "clubbing"..sebenarnye banyak lagi dose..tapi cukuplah 5 dosa ini hambe
terangkan..

Berkenaan dengan pusat judi atau kedai sport toto atau kedai 4D..hambe lihat ramai orang melayu yang pergi kekedai itu daripada bangsa lain..pernah mase hambe darjah 4..hambe dan kawan2 "sound" orang yang main sport toto ini..orang tu kate "korang budak kecil..jangan campur urusan orang dewasa!!"..begitulah kebiasaan jawapan orang yang lebih tua dari kite..pernah hamba dengar ustaz ceramah..die kate
ade orang melayu habis solat jumaat dengan kopiah tak cabut lagi pergi beli no.ekor.ini tentunye memberi imej negatif kepada Ah Chong dan Mutusamy..hambe harap penguatkuase dapat bertindak lebih tegas terhadap kaki ekor ini supaye bangsa kite bebas dari judi ini..

Berkenaan dengan shopping complex..hambe lihat shopping complex telah menyediakan paltform untuk remaja berpeleseran dan melepak.. shopping complex xsalah tetapi orang yang didalamnye telah menyalahgunakan shopping complex..kebanyakan remaja yang berpeleseran bukannye nak beli barang pun..cume nak lepak2,jalan2 dengan kawan2,jalan2 dengan pakwe/makwe..nak pergi "tengok wayang",nak main game token,nak berkaeroke dan macam2 lagi..sebenarnye nak jalan2,tengok wayang dan main game boleh asalkan jangan melanggar batas syariat dan jangan sampai melalaikan..cume dari segi agama memang benda ni tak digalakkan kerana shopping complex adalah tempat yang dibenci oleh Allah..kerna banyak perkare tak baik didalam tu..tetapi yang hambe lihat umat melayu ramai yang pergi kesana bukan untuk beli barang tetapi untuk "beli dosa"..kite lihatlah dengan laki dan perempuan yang tak menutup aurat..couple2 yang
yang berpelukan dalam panggung wayang,remaja melalak berkaeroke sampai tak ingat nak sembahyang,anak remaja main game sampai habis duit,kumpulan2 remaja2 yang bergaul bebas dan melepak tak tentu hale dan bermacam2 lagi gejala sosial yang dapat kite lihat dekat shopping complex di negara kite..


6.Pengaruh budaya barat..Hambe masih ingat semasa hambe baru memasuki alam sekolah menengah pada awal 2000.. trend seluar sekolah budak laki pada masa itu
adalah seperti "zaman 70 an"..bahagian kat dengan kaki tu besar..kemudian tak lame selepas itu trend berubah, iaitu seluar kecik dekat kaki disebabkan terpengaruh dengan budaya "skinhead"..kemudian tak lame selepas tu berubah lagi..kali ini cawat seluar besar sebab nak tiru "hiphop orang kulit hitam Amerika"..kemudian lepas hambe habis spm hambe tak tau ape trend budak sekolah sekarang..'Tetapi yang hambe dengar budaya "shuffle" pula tengah "merasuk" kebanyakan budak sekolah sekarang ini dengan tarian ala2 beruk menari..Kite pasti pernah melihat iklan maxis baru2 ini yang memaparkan orang yang sedang menari dalam kelab malam dengan ditunjukkan keadaan
dari zaman 60-an hinggalah sekarang..bagi hambe la..iklan itu telah menunjukkan yang sebilangan bangsa kite tiada pegangan dalam kehidupan..Asyik mahu mencontohi orang barat sahaja..akibatnye bangse kite yang punah kerana mengikut budaya dan pemikiran buruk orang barat..Kenapa bangsa kite tak mahu mencontohi nabi s.a.w dan para sahabat dalam kehidupan?..sebenarnye sekarang ini..dunia barat telah sedar akan kecelaruan budaya dan pemikiran yang mereka alami..telah ramai orang dunia barat telah berjinak2 dengan islam dan ramai juge yang telah memluk islam..tetapi di malaysia,sebaliknye telah berlaku..ramai umat melayu telah murtad..nauzubillah..kalau di zaman Abu Bakar r.a dah lame kepale orang ini dipancung..sepatutnye orang yang telah murtad itu bersyukur tak dipancung dan masih sempat untuk bertaubat sebelum mati..jadi penting untuk umat melayu sekarang "terpengaruh dengan budaya nabi s.a.w dan para sahabat"...supaye tak lagi dikudakan oleh yahudi dan nasara..


7.Lu fikir la sendiri
Hambe ambil pepatah ini bukannye disebabkan hambe minat Nabil..tetapi ada falsafah yang boleh diambil dari ayat itu..kite dijadikan Allah dengan Akal fikiran..akal fikiran kite dipandu oleh Al-quran dan Assunah sehingga kite tak sesat seperti Darwin yang mengatakan manusia berasal dari beruk..disamping itu kite ade nafsu dan kite dikacau oleh syaiton laknat..musuh no.1 kite..nafsu jahat dan bisikan syaiton kalau diikut akan menyebabkan kite binasa..jadi terjadilah peperangan yang sengit didalam diri kite diantara nafsu,bisikan syaiton dengan akal fikiran yang dipandu Al-quran dan Assunah..kalau menang akal berjayalah kite..kalau menang nafsu binasalah kite..sesungguhnye Qada dan Qadar telah ditentukan Allah..manusia diberi pilihan untuk berbuat baik atau buruk berdasarkan akal yang dipandu oleh wahyu dan sunnah..jadi sekarang pilihan ditangan kite untuk memilihnya..jadi kalian fikir la sendiri..



Jadi habislah sudah "ape nak jadi bangsaku 2"..hambe pun dah penat menaip..dah nak stop..apepun ape yang penting semoga kite same2 dapat pengajaran dari artikel diatas terutamanya diri hambe sendiri..moga Allah bagi kekuatan dalam diri kite untuk melakukan perintah Allah dan meninggalkan ape yang dilarang..wallahualam..

Sunday 6 December 2009

Apa nak jadi dengan bangsaku..


"Agaknye macam ni la gayenye orang yang tengah buat maksiat"


Suatu pagi hambe pergi cc di bandar hambe..tengah2 syok bace blog tibe2 datang seorang budak sekolah duduk dekat komputer sebelah hambe..tak lame selepas itu kawan2 diorang datang kerumun budak tu..pastu dok senyap.."ini mesti yang bukan2 diorang bukak ni" desus hambe..disebabkan komputer dekat cc tu dibatasi divider maka hamba tak nampak la ape yang diorang tengok tu..lepas puas bace blog hambe pergi la kat kaunter nak pi bayar..bile hambe lalu kat komputer tu ternyata benarlah telahan hambe..budak2 tu tengah layan web lucah..hambe hanya mampu mengelenggkan kepala.."kecik2 dah tengok benda tu bila besar tak tau la nak jadi ape"desus hambe..beberape minggu lepas hambe tengok cerita 360..pengacara rancangan tu beritahu dari tahun 2000-2008 terdapat lebih kurang 260000 anak luar nikah yang didaftarkan..maknenye lebih kurang setiap hari ade 80 zina yang telah berlaku..itu yang didaftarkan belum lagi yang tak didaftarkan...itu belum lagi yang dah berzina tetapi tak jadi anak..Satu kali hambe dengar ceramah, ustaz tu cerita..iaitu ade seorang budak perempuan sekolah rendah..satu hari budak tu tak pergi sekolah sebab demam..mase tu mak dengan ayahnye pergi kerja..boring2 budak tu pergi la tengok tv..bila nak tengok tv budak tu terjumpe cd lucah yang bapaknye terlupe nak simpan..jadi budak tu tengok la cd tu..keesokanye budak tu pergi la sekolah..mase rehat budak tu ajak tukang kebun sekolah masuk stor..tukang kebun tu pelik la, apsal budak tu ajak die mase stor..terkejut mawas tukang kebun tu..rupenye budak pompuan tu ajak buat xxx..lepas tu tukang kebun tu report la benda tu kat cikgu dan mak bapak budak tu dipanggil untuk sesi kaunseling sekali dengan anak diorang tu..itu baru kes zina belum lagi kes mat rempit,penagih dadah,perompak,perogol,penyeleweng,pemakan rasuah,pelacur,pembunuh,gay,lesbian dan macam2 lagi la yang bukan saje memeningkan polis,kerajaan dan orang awam malah kambing dan lembu pun pening jugak melihatkan perangai sebilangan manusia yang lebih teruk dari depa..inilah secebis peristiwa daripada banyak peristiwa keruntuhan moral bangsaku sekarang..terdapat beribu2 lagi peristiwa keruntuhan moral yang kita tidak ketahui..tengok la sahaja surat khabar..hampir tiap2 hari ade saje peristiwa2 gejala sosial yang berlaku..kalau dikumpulkan kisah2 seperti itu..rasenye boleh dijadikan buku setebal kamus dewan..ape nak jadi dengan bangsaku..

Menderma(2)


Cerita dari kisah menderma adalah cerita hikmah dari 1001 kisah kehidupan yang wewarnai kehidupan manusia..mengambil iktibar dari kisah diatas..kita bertanya kepada diri kite..apakah sikap kita apabila ade orang meminta bantuan/derma/sedekah..adakah kite memberi..atau adakah kite mengelak..? Dalam persoalan ini ade orang berkata.."mengape nak bagi derma,diorang semua tu berlakon belaka,diorang digunakan sindiket tertentu.."Ya,memang diakui ade yang menjalankan sindiket mengutip derma tetapi berapa ramaikah yang terlibat dalam sindiket itu..Hambe percaye ramai lagi perayu-perayu bantuan yang benar2 susah daripada perayu/peminta yang menipu.. Berkenaan sindiket tu kite laporlah kepade pihak berkuase jika tahu dan biarlah pihak berkuase menjalankan tugas..bila ade orang yang meminta bantuan...dermalah..kalau ragu2 bagilah RM1 jadilah supaye kite tak termasuk dikalangan orang bakhil..nabi s.a.w sendiri pun sangat suka bersedekah ..berkenaan kite kena tipu atau tidak serahkan kepada Allah...Allah pasti akan membalas amalan kite itu walaupun peminta sedekah itu menipu..kalu xmampu juga dermalah walaupun 10 sen..kerana Allah pasti balas kebaikan kite walaupun sbesar zarah dan pasti akan menolong kita sewaktu kite dalam kesusahan kelak..kerana hidup ini umpama roda..ada masenye diatas dan ade masenye dibawah..tetapi kebanyakan manusia alpa apabila berada diatas..dan apabila kita berada dibawah..siapa lagi yang kita boleh harapkan selain dari Allah..?

Mendermalah....


Mendermalah.....Pada kali ini hambe ingin ceritakan sebuah kisah..kisah seorang insan yang berubah kehidupannye setelah terjadi suatu peristiwa..hambe namakan orang ini sebagai zul
Pada suatu hari..semase zul makan di sebuah kedai makan..zul didatangi seorang makcik buta yang dipimpin oleh seorang gadis yang agak cantik..makcik itu ingin mintak derma..sebenarnye zul adalah seorang yang sangat kedekut..tetapi memandangkan ingin menunjuk yang die seorang yang baik hati kepada gadis itu,maka die hulurkan sekeping not merah..kemudian makcik dan gadis itu pun berlalu..kemudian selepas habis makan..die ternampak ade seorang pakcik meminta derma dekat kedai sebelah..didalam hati zul mengeluh.."Alamak,ade lagi orang minta derma".Zul pun berlalu meninggalkan kedai..kemudian die terdengar ade orang kena maki hamun..apabila die menoleh zul mendapati pakcik itu kena maki-hamun dan ditendang oleh pemilik kedai makan..tiba-tiba terdetik rasa kasihan dalam diri zul dan die terus membela pakcik itu..selepas membela pakcik itu,zul membawa pakcik itu ke kedai makan lain dan bertanyakan asal-usul pakcik itu..kemudian..zul merasakan bagai ade halilintar yang menyambarnye apabila mengetahui asal-usul pakcik itu,rupe-rupenye pakcik itu ayahnye sendiri!!!Terkedu seketika zul,bercampur baur perasaanye antara sedih dan gembira setelah menemui ayahnye yang tidak pernah ditemui sejak berpisahnye ibu dan ayahnye sejak die berumur 4 tahun,zul terus mengajak ayahnye tinggal serumah dan sejak itu sikap zul berubah..dari seorang yang kedekut menjadi dermawan..terdetik didalam hati zul..mungkin inilah balasan kebaikan yang Allah balas kerana menderma kepada makcik buta dan gadis itu walaupun die mulenye tidak ikhlas menderma..iaitu menemukan ayahnye kembali dan mengubah sikapnye menjadi dermawan..

Duit x Cukup?


Pada kali ini hamba ingin memberikan pendapat tentang isu yang mana hampir setiap orang menghadapinya iaitu "Duit x cukup?"Seringlkali kalau hambe lepak bersama kawan2 hamba akan terdengar perbualan seperti "Mane aku nak cari duit","Duit aku xcukup la"."Duit aku dalam bank dah nak habis","Pening la,banyak benda nak bayar" dan macam2 lagi ayat yang menunjukkan diorang kempunan duit.Apabila hambe mendengar ayat-ayat seperti ini,hamba hanya tersenyum sahaja kerana hamba tahu,masalah yang diorang hadapi adalah berpunca dari diorang sendiri bukannye dari faktor luar . kenape hamba kata masalah ini berpunca dari diorang sendiri?.O.k mari kita lihat punca masalahnye,

1.Tak pandai menguruskan kewangan/perbelanjaan

Ini adalah salah satu faktor terbesar mengape ramai orang merasakan x cukup duit.Dalam ekonomi ada prinsip "Needs and want" atau dalam bahasa melayu "Keperluan dan kemahuan". Didalam perbelanjaan, kite banyak dipengaruhi oleh prinsip ini. Untuk menerangkan konsep ini hambe bagi satu contoh, didalam kehidupan kita memerlukan kenderaan untuk bergerak dan ini adakah prinsip "keperluan" kerana tanpa kenderaan kite sukar untuk bergerak jauh. Didalam pasaran terdapat pelbagai jenis dan model kenderaan. Kite pastinya ada berminat dengan sesuatu model kenderaan yang kita idamkan dan inilah prinsip"kemahuan".Tetapi timbul masalah apabila prinsip "kemahuan" ini melebihi dari kemampuan kite. Contohnye,dengan gaji yang ade,sifulan boleh membeli keretaToyota xxx dengan tanpa menjejaskan perbelanjaan lain, tetapi disebabkan ingin menunjuk atau bagi orang mengatakan dia sebagai orang kaya maka sifulan ini belilah kereta BMW xxx yang lebih mahal tanpa memikirkan yang sebenarnya dia telah memotong peruntukan untuk perbelanjaan lain. Walhal kedua-dua kereta ini boleh bergerak. Mulalah sifulan ni merasakan tak cukup duit. begitu juga untuk belanja hal lain. jadi di sini kite nampak puncanye. Ramai orang yang berbelanja lebih dari kemampuanye. Disinilah pentingnye sifat Qanaah dan Redha.Insyallah kalau dizinkan Allah hambe akan memperkatakan berkenaan sifat Qanaah dan Redha

2. Sifat boros

Ini juga penyumbang terbesar kepada mengapa ramai orang merasakan "Duit x cukup" .Sifat ini sangatlah buruk. Kite semua tahu membazir/boros merupakan sifat syaitan tetapi ramai juga orang yang melakukannye. Contoh kite lihat dalam bulan puasa dan raye. Dalam bulan puase banyak bazar/pasar didirikan, jadi ramailah orangmengunjungi pasar itu. Apabila di pasar, ramai pengunjung naik "Syeikh" melihatkan pelbagai makanan dijual. Jadi masing2 penuhlah ditangan dengan pelbagai juadah untuk dibawa pulang. Kemudian apabila tiba masa berbuka puase, Ramailah orang yang makan dengan lahapnye dengan niat hendak menghabiskan semua makanan walhal bila dah kenyang, banyak lagi makanan yang belum dimakan. Jadi terjadilah pembaziran yang disukai oleh musuh kite iaitu syaiton. Bile lepas makan mulalah rasa mengantok..jadi tidorlah sifulan itu tanpa solat maghrib,isyak dan terawikh.Maka bergelak sakanlah syaiton melihatkan sifulan itu. Kemudian bila nak raye mulalah sibuk nak beli baju raya 5 pasanglah,nak buat/beli 50 jenis kuihlah..nak tukar sofa,tv,langsir,perabot,set pinggan dan macam2 lagi la walhal semua barang itu masih baru lagi sampaikan ade yang sanggup berhutang..jadi bile lepas raya mulalah sifulan pening memikirkan hutang dan duit xcukup.Ini semuanye disebabkan sifat boros/membazir..

3. Tiada keberkatan dalam rezeki.

Dan inilah faktor utama yang menyebabkan ramai orang rase tak cukup duit. Ape maksud berkat dalam rezeki?..maksudnye adalah Allah redha dengan rezeki yang kiteperoleh itu. Kite lihat,ramai orang yang mempunyai gaji beribu2,bahkan berpuluh ribu sebulan..tetapi mereka masih lagi merasakan yang mereka tak cukup duit.Sebab ape..sebab tiada keberkatan rezeki..macamana sifulan itu hendak mendapat berkat walhal dia makan rasuah, menyeleweng,menindas dan menipu. Jadi gaji yang die peroleh sudah haram dan pastinye tidak mendapat keberkatan dari Allah. Bila hidup sudah tidak diberkati Allah,maka rasa sempitlah kehidupan sifulan itu. Contoh kite lihat kehidupan perompak,pemakan rasuah,pengedar dadah,penagih dadah,penyeleweng,penipu,pelacur,bapa ayam dan bermacam2 lagi kerja haram mereka tak pernah merasa aman dalam kehidupan.Di sini kita dapat lihat pentingnya keberkatan dalam rezeki kerana bila rezeki kite berkat barulah Allah memberkati kehidupan kite

Inilah 3 faktor yang hambe fikir menyebabkan kite merasa tak cukup duit. Hambe juge xmenafikan faktor taraf hidup, harga barang,ekonomi dan gaji mempengaruhi..tetapi faktor terbesar adalah disebabkan 3 perkara di atas..Ape kate kalian?..Setuju?

Pest and Disease Kepada Umat Islam


Pest..pest dalam istilah pertanian adalah makhluk perosak yang merosakkan tanaman,manakala diseases adalah penyakit yang menjangkiti tumbuhan.Istilah ini amatlah sinonim dalam bidang pertanian dan hambe kerna memang inilah bidang yang hambe ambil semasa di U dahulu..pest and disease amatlah dibenci oleh peladang/petani dan peternak kerana benda ini akan menyebabkan hasil diorang less atau lost.Begitu juga dalam masyarakat islam sekarang terdapat pest and disease yang sudah berjaya merosakkan masyarakat islam..Insyallah hambe akan kupas apakah pest and disease kepada umat islam itu..tunggu..

Kompas Kehidupan


Ini adalah catatan pertama hambe , jadi hambe berminat untuk memperkatakan tentang "kompas kehidupan" dahulu..

Kompas adalah sebuah alat yang digunakan untuk menentukan arah,Tanpanya pelayar di lautan bisa hilang arah,Pemgembara di padang pasir bisa sesat dan pilot di udara tak jumpe tempat mendarat.Begitu pentingnya kegunaan kompas dalam sesuatu perjalanan,tetapi kebanyakan manusia tidak mengambil falsafah dari kegunaan kompas ini, Kecelaruan kehidupan,Peperangan,Penindasan,Penyelewangan,dan macam-macam lagi masalah yang berlaku sekarang disebabkan manusia tidak mempunyai "Kompas kehidupan",Disebabkan ingin mencari "kompas kehidupan"ini maka manusia telah mencipta,mereka-reka falsafah hidup,pegangan seperti komunisme dan Kapitalisme sepertimana yang ada didunia sekarang,tetapi semua ini batil belaka."kompas kehidupan" yang sebenar-benarnya adalah "Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W".Inilah sebenar-benarnya "kompas kehidupan" yang perlu dipegang oleh umat manusia sekarang,Tanpanya, manusia bisa sesat dan hancur. Jadi,untuk berjaya didunia dan akhirat manusia hendaklah berpegang dengan seteguh-teguhnya dengan "Kompas Kehidupan ini.Bersamalah kita meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang "Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W" dan sama-sama dapat mengamalkanya,Insyallah...

Friday 4 December 2009

Bermulanya sesikat perkongsian


Saat ini, bermulanya sesikat perkongsian yang bermula dari risaunya melihat dunia sekarang yang sudah rosak. Insyallah Hambe akan mengutarakan pandangan yang merangkumi semua aspek demi agama,bangsa,negara yang dicintai ini....Nantikan