Thursday 20 May 2010

Penagih Dadah







Gambar menunjukkan dua orang penagih dadah menjalani rawatan pemulihan dadah








Penagih Dadah Kutip Derma(kosmo 20/5)

Kuala Terengganu-Tembelang dua penagih dadah berpura-pura mengutip derma untuk sebuah rumah kebajikan di Pengkalan Hulu,Perak pecah apabila kedua-dua mereka ditahan di Jertih,Besut dekat sini isnin lalu..

Suspek berusia 24 dan 43 tahun itu ditahan pukul 5petang selepas polis menerima aduan daripada orang ramai yang curiga dengan penampilan dan dakwaan mereka.Pemangku ketua jabatan siasatan jenayah negeri,Supritendan K.Manoharan berkata,suspek gagal menunjukkan lesen untuk mengutip derma,katanya polis turut merampas wang derma sebanyak RM340 dan kedua-dua mereka didapati positif pil kuda selepas menjalani ujian air kencing..

Ulasan: Lawak betul penagih dadah tu..boleh pulak tertangkap masa mintak derma..camne la boleh tertangkap..Daripada ayat "polis menerima aduan daripada orang ramai yang curiga dengan penampilan dan dakwaan mereka"...hmbe rase la..mungkin masa penagih dadah tu mintak derma sambil2 tu dia hisp gam sekali..lepas tu penagih tu kate nak mintak derma untuk pusat serenti..memang la kantoi kalau camtu..hmbe syorkan la kepada pihak berkuasa memandangkan penagih dadah tu suka dengan kerja kebajikan..apa kata pihak berkuasa hukum diorang dengan menyuruh diorang ni mintak derma dari satu negeri ke satu negeri dengan berjalan kaki..disamping dapat menginsafkan diorang..diorang jugak boleh masuk dalam Malaysia Book Of Record.."rekod mintak derma Satu malaysia dengan berjalan kaki"..famous pun dapat..kalau diorang tak nak buat camtu..apa kata suruh diorang jadi petugas rumah kebajikan warga emas..suruh diorang basuh berak kencing warga emas kat situ..confirm diorang insaf punye..

Inilah senario penagih dadah..mereka sanggup buat apa saja untuk mendapatkan dadah..tapi penagih dadah yang kantoi mintak derma tu dikategorikan sebagai penagih yang baik sikit la berbanding dengan penagih yang mendapatkan duit dengan Meragut,Merompak,Menyamun,Mencuri,Mengugut,Membunuh atau dengan Menetak Mak Ayah sendiri..

Penagih2 dadah ni mencuri bukannya untuk membeli makanan ataupun membeli kasut sukan untuk bermain futsal..tetapi diorang dapat duit beli dadah tu jugak..hmbe pasti kalau dengan hasil mencuri diorang ni kalau diorang tak gunakan untuk membeli dadah..mesti diorang dah kaya..siap boleh buat persatuan lagi.."persatuan penagih perompak kaya semalaysia"..

Kadang2 hmbe terfikir jugak..mengapa la penagih2 dadah ni merompak orang ramai..kenapa diorang tak merompak pusher dadah tu sendiri..lagi senang..lepas rompak pusher tu..duit dapat,dadah pun dapat..dan tak payah la nak susah2 merompak orang ramai..dan tak payah susah2 nak larikan diri dari dikejar oleh orang ramai dan polis..

Konklusinya: Berhati-hatilah dengan keadaan sekarang ni kerana tak mustahil kita pulak yang akan menjadi mangsa jenayah penagih2 ni..dan jauhilah dadah kerana ia akan merosakkan kehidupan dan masa depan kita..dan jika ada adik2 kita yang masih bersekolah yang menghisap rokok..tak kira la..adik betul2 ke..adik olok2 ke..adik angkat ke..adik tak terangkat ke..ataupun adik sedara ke..suruh diorang berenti hisap rokok..sementara diorang masih bersekolah lagi ni coz bila dah diorang habis sekolah memang diorang payah nak berenti hisap rokok..sebab ape?..sebab orang yang hisap rokok ni lagi tinggi kemungkinan untuk hisap dadah..menurut kajian 90 peratus orang hisap dadah bermula daripada hisap rokok dahulu..so..fikir2 fikirlah sendiri(hmbe xnak guna ayat "Lu pikir la sendiri" coz hmbe xminat ngan nabil)..ok..finish..


(YA ALLAH,LINDUNGILAH KAMI DARI NAJIS DADAH INI..AMIN YA ALLAH)

Menahan Amarah
























"Hmm..kenapa diorang kat atas ni marah2?"..kata beruk







"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,(iaitu)orang-orang yang menafkahkan (hartanya),baik di waktu lapang mahupun sempit,dan orang-orang yang menahan amarahnya serta memaafkan(kesalahan) orang.Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan (Ali-Imran: 133-134)

Amarah merupakan tabiat manusia yang sukar dikendalikan..dan Allah menjadikan orang yang mampu untuk menahan amarahnya sebagai salah satu ciri orang yang bertakwa..di samping itu Allah akan memberikan pahala kepada orang yang menahan amarahnya lalu memaafkan merteka yang menyakitinya..Allah berfirman,"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa. Barangsiapa memaafkan dan berbuat baik,maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya dia tidak menyukai orang-orang yang zalim."(Asy-syura:40)

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa pada suatu hari..seorang lelaki mendatangi Rasulullah S.A.W..ia berkata kepada beliau..Ya Rasulullah!..Nasihatilah saya!..Sabdanya, "Janganlah engkau marah"..lalu beliau ulangkan beberapa kali dan sabdanya, "Jangan engkau marah"..(HR Bukhari).

Penekanan Rasulullah S.A.W diatas menunjukkan betapa pentingnya menahan amarah..kerna ia adalah penyebab terjadinya pertikaian..perpecahan dan permusuhan..dan bila ini terjadi..maka akan membawa impak negatif kepada umat islam..oleh sebab itu pula,islam tidak membenarkan seorang muslim untuk saling bertikai dan saling berpaling satu sama lain melebihi tiga hari..

Dalam hal ini..contoh terbaik bagi menahan sifat amarah boleh dilihat pada diri Rasulullah S.A.W..Rasulullah tidak marah dengan perkara yang remeh temeh mahupun ada kafir quraisy mengutuk dan mencaci baginda..tetapi Rasulullah akan marah apabila perkara itu berkait dengan Agama Allah..

Betapa indahnya dunia ini, jika setiap orang berusaha menahan amarahnya..pertikaian,kerusuhan,permusuhan dimana2 tidak akan terjadi..kerna kejahatan yang dibalas dengan kejahatan tidaklah memberi penyelesaian..namun menambahkan persoalan dan memanjangkan perselisihan..

Friday 14 May 2010

Orang Asing

klik kat gambo..biar besaq ckit gambo and tulisan tu


Mutiara(1)





SIFAT ORANG YANG BERAKAL

Seorang yang berakal seharusnya menjaga empat macam
untuk kebaikan amalnya,dan tidak menyia-nyiakan usahanya

1.Ilmu,supaya setiap amalnya bedasarkan ilmu

2.Tawakkal,supaya mendapat keluasan dalam ibadah dan tak mengharap kepada makhluk

3.Kesabaran,untuk kesempurnaan amal.

4.Ikhlas,supaya dapat mencapai pahala..

Thursday 13 May 2010

Mentor..ajarku sifu


Seorang peserta uji bakat yang begitu bersemangat menyampaikan lagunya





Hari ahad minggu lepas..hmbe telah lihat rancangan preview mentor(sebenarnya rancangan mentor ni mengarut je)..pada episod tu ditunjukkan seorang protege lelaki telah menangis kerna tak dapat perfom dengan baik..ditunjukkan juga mentornya turut menangis berduet bersama2..

Komen: Alahai..touchingnya la laki ni..sebab menyanyi pun boleh menangis..buat malu kaum hmbe je..kalu protege pompuan nangis..tak kisah la coz memang pompuan mudah sensitif..ini laki yang nangis..memang tak patut langsung..kalu protege tu nangis sebab dosa ke..sebab tinggal solat ke..sebab tinggak ibadat..bagus la jugak..ini disebabkan xperfom nyanyi boleh nangis..alahai..buat malu kaum laki je..kalu hmbe jadi protege tu..memang hmbe quit terus dari mentor tu dan tak keluar rumah selama sebulan..malu besar weii..

Alang2 hmbe cerita pasal laki nangis ni..hmbe nak ceritakan pasal seorang kwan hmbe mase study dulu..kwan hmbe ni memang garang..kirenye bengkeng+hati kering la..kalu orang salah cakap dengan dia..silap haribulan memang kena maki hamun dengan dia..

Nak dijadikan cerita..satu hari awek dia tepon..mase tu hmbe dan kwan2 lain ade dekat ngan dia ni..jdi kami dpat dengar perbualan dia..awek dia tepon sebab nak mintak clash..bila dia ni dengar aweknya nak mintak clash..terus berubah air mukanya dan beredar dari kitorang untuk mendapatkan privacy..mulanya kami tak hairan pun dia nak melilau ke mana2..tapi memandangkan dah lama sangat dia menghilang dan memandangkan kelas pun nak start..maka kami pun menyiasat..cari punya cari akhirnya kami ketemui dia ni kat dalam tandas..

Rupa2nye dia tengah menangis tersedu2..ape lagi kena gelak sakan la ngan kitorang..selama ni nampak je bengkeng+hati kering..tapi bila kena bab pompuan boleh menangis tersedu2..lucu betul kawan hmbe sorang ni..


Konklusinya..tak semua yang kita nampak keras orangnya..hatinya juga keras..dan tak semua yang kita nampak lembut orangnya..lembut juga hatinya..


(Penghujung entry ni cam lari je dari tajuk utama..mmm..biar je la)

Friday 7 May 2010

Memancing


Kebiasaannya apabila pemancing tak dapat ikan..mereka akan pergi ke tempat macam gambar di atas untuk membeli ikan kerna risau dimarahi oleh orang rumah...






Memancing..memancing merupakan satu aktiviti untuk menangkap ikan..boleh dilakukan secara solo atau beramai2..pelbagai tujuan kenapa orang memancing..ada yang kata sebagai hobi..ada yang kata mahu mengisi masa lapang..mahu hilangkan stress..tetapi pada entry kali ni..hmbe tak nak bercerita pasal perihal atau tip2 memancing..hmbe nk cerita pasal sikap segilintir pemancing..

Baru2 ni hmbe pergi memancing dekat sebuah kolam pancing berbayar..kolam pancing tu memang famous kat satu daerah tu(daerah dirahsiakan,lokasi kat utara tanah air)..memang selalu menjadi tumpuan kaki pancing..hmbe ni bukannye minat sangat nak memancing..tetapi disebabkan ingin tahu keadaan di kolam pancing pada waktu malam..selain tak nak menghampakan ajakan rakan yang tak nak memancing secara single player..maka hmbe pergi la memancing kat kolam tu..

Lepas habis waktu pejabat pukul 5 ptg dan mempersiapkan kelengkapan pancing dan solat..maka hmbe n mmber bergerak la ke kolam pancing tu..sampai disana dah pukul 6 ptg..sampai kat kolam dan lepas daftar pancing..hmbe pun cari la port yang sesuai dan start memancing..ramai juga orang yang memancing kat kawasan kolam tu..tak kurang dari 50 orang..

Then..apabila masuk waktu maghrib..hmbe dan mmber pi la solat maghrib kat surau yang disediakan oleh pihak pegurusan kolam..mase hmbe pi solat..ade 3 orang yang pi solat termasuk seorang lagi pemancing..lpas solat maghrib hmbe smbung mancing seperti biasa..tempat port hmbe memancing memang dekat dengan surau..so hmbe memang nampak dengan jelas siapa yang yang pi surau.. bermula selepas maghrib kejadian yang pelik telah berlaku..

kejadian yang pelik itu bukanlah disebabkan ade orang yang dapat ikan jerung atau pun
ade yang dapat buaya..tetapi kepelikan yang berlaku adalah..daripada waktu maghrib hingga isyak..tiada seorang pun pemancing lain yang berjumlah lebih kurang 50 orang pi solat kat surau tu..depa semuanya tak berganjak dari kolam..

Nak kata depa period tak juga..sebab kesemua kaki pancing tu lelaki..nak kata depa gila atau sakit sampai tak boleh solat tak jugak..sebab hmbe tengok depa sihat walafiat..siap boleh tarik ikan 5-6 kilo..nak kata surau takda..tak jugak sebab surau memang dah ada..dekat pulak tu..kalau berguling pun boleh sampai kat surau tu..
nak kata depa sibuk ligan ikan sampai tak boleh tinggal pancing..tak juga..sebab hambe tengok ada pemancing yang tak dapat ikan langsung pun ade..tahan hmbe lagi..dapat jugak 2-3 ekor ikan..jadi mengapa depa tak boleh tinggal sat pancing pi solat

Keadaan yang sama juga berlaku apabila masuk waktu solat isyak..pemancing2 tadi tak de pun pi solat kat surau..pemancing2 tu dok melengok je mengharapkan umpan dimakan oleh ikan sambil hisap rokok daun..tak pe la..bab solat isyak kita sangka baik..mungkin depa solat kat rumah..

Sebenarnya hmbe pn trkejut dengan dengan situasi yang hmbe lihat tu..tak sangka disebabkan memancing senang2 je tinggal solat..padahal kalau depa tinggal sat mancing
bukannye rugi pe pun..depa boleh sangat suruh kawan jaga pancing..tapi depa tetap tak nak buat..kesian jugak hmbe tengok depa..rase mcam nak tegur pun ade..tetapi disebabkan iman lemah..hmbe mampu tegur dalam hati je la..

Inilah realitinya umat melayu islam sekarang..ramai yang meninggalkan solat disebabkan perkara dunia..ini baru disebabkan memancing..belum lagi lagi dilihat orang yang meninggalkan solat disebabkan kerja..disebabkan pi pasar malam..disebabkan malas..disebabkan bermusafir..disebabkan tak bangun subuh dan banyak lagi sebab2 yang hmbe sendiri pun tak larat naik taip..

Itu belum lagi dilihat bagi orang yang solat..ramai juga yang mengabaikan solat dengan solat nak dekat habis waktu..ramai juga orang yang solat dengan cincai..ala kadar je..solat ekspress..mengalahkan bas ekspres lagi tu.. kalu bab solat ni..yang hmbe paling menyampah kalau tengok orang laki solat dengan pakai kain pelikat je..tak hormat langsung dengan ALLAH..kalu nak jumpe awek..bukan main smart..cube orang macam tu jumpe awek dia pakai kain pelikat je..confirm lari awek tu..tak pun cube menghadap sultan pakai kain pelikat je..mau kena tempeleng dengan sultan..tapi orang macam ni tahan lagi la dari orang yang tak solat terus..

Jadi tak hairan la sekarang ni macam2 benda jahat yang berlaku..bila seseorang tu tak solat..dia akan jauh dari ALLAH..bila jauh dari ALLAH..dia tak dapt rahmat,taufik hidayah ALLAH..bila tak dapat taufik,rahmat dari ALLAH..dia akan mudah melakukan perkara jahat..bila ramai orang dah buat benda jahat..maka huru hara lah masyrakat..bila masyarakat huru hara..hidup kita pun akan jadi tak tenteram..inilah implikasi yang terjadi kepada individu dan masyarakat apabila ramai orang yang tak solat..

Moral of the story..bersyukur la kita kepada tuhan kerna mendapat taufik dan hidayah untuk mengerjakan solat..kerna ramai lagi orang diluar sana yang tak solat..dan bersama2 lah kita membuka perhatian kepada masalah ini..dan same2 memikirkan apakah tindakan yang boleh dilakukan..ok..finish

Ketika Kesunyian Datang





Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari..yang ketika hal itu terjadi..kita merasa diri amat hampa..ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana..hati terasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga..

Bila hal itu terjadi taktala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita..tak ada tempat untuk berkongsi cerita,berkongsi duka dan berkongsi rasa..hidup akan terasa semakin terseksa hingga tak lagi bermakna..

Bila itu yang kita rasakan..mungkin ada yang selama ini yang kita lupakan..bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan tertegun dalam kesunyian..di saat itu sebenarnya ALLAH ada..DIA selalu memantau dan mememani kita dengan kasih sayang yang begitu mendalam..DIA akan selalu mengiringi tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini..

Namun,hal itu hanya bisa terjadi bila kita mahu meyakini bahawa ALLAH itu benar adanya dan tentunya nama-Nya tertera dalam hati kita..dengan kata lain..kita mahu megimani dan mencintainya dengan sepenuh jiwa..


Pernahkah kita menyedari hal itu?


ALLLAH telah memberikan begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita..ALLAH telah membuat hati yang gelisah menjadi tenang..yang suram menjadi bercahaya..yang lugu menjadi dewasa..dan yang kerdil menjadi raksasa..sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan..kerna boleh jadi ALLAH menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita terhadapnya..sehingga dengan sepi itu kita mampu lebih khusyuk mendekatinya..

Rasulullah SAW bersabda,
"Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa" ( Riwayat Muslim)