Monday 18 October 2010

Bonus..oh bonus


"Nak bagi ke tak bonus..nak bagi ke tak..nak bagi ke tak"..mungkin inilah yang sedang difikirkan oleh Najib


Bonus..itulah perkara utama yang nak didengar oleh kakitangan awam apabila tibanya bajet.. termasuk la bagi hambe sendiri sebagai kakitangan awam..hambe yg bru bkerja ni teringin jugak nak merasa bonus..dah lama kerajaan tak bagi bonus..sebelum pembentangan bajet..mcam2 khbar angin kedengaran..ada yang kate dapat 3 bulan bonus..ade yang kate 2 bulan..ade yang kate 1 bulan..semua menaruh harapan menggunung..tup tap..bila mase bajet, D.S. Najib kate bonus takde,cuma bantuan RM 500je yg ade..kebanyakan k/t awam fruss menungging..tarik muka masam..kalau yang senyum pun,buat2 senyum..tapi dalam hati merungut..

Semestinya, antara pihak yang paling kecewa adalah cuepacs..pg tadi hambe bace paper..cuepacs akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai tindakan kerajaan tak bagi bonus..cuepacs juga berkata ketidak pemberian bonus akan menyebabkan produktiviti k/t awam menurun..ye ke macam tu cuepacs..hambe rase itu hanyalah bagi orang yang buat kerja tak ikhlas..buat kerja semata2 nak imbuhan..hambe faham sangat dengan cuepacs ni..kebanyakan isu yang ditengahkan hanyalah pasal bonus,imbuhan dan kenaikan gaji..jarang diperkatakan mengenai cara2 untuk meningkatkan hasil kerja..tak pe la cuepacs..buatlah mesyuarat dan tuntutan bonus tu..kot2 najib berubah fikiran ke..hambe jugak yang untung..he3..tapi kalau tak dapat redha je la..bersyukur la dengan gaji yang dapat tiap2 bulan dan duit RM 500 tu..kalau tak puas hati jugak..bandingkan diri kita dengan pelarian africa..dengan pelarian palestin..cuba bandingkan..siapa yang lagi untung?

p/s:Cuba untuk menjadi hambe Allah yang bersyukur

Sunday 17 October 2010

Idola Masyarakat?


Mak aihh..besarnya tali pinggang die..ni tali pinggang ke atau tali badan...(Gambar Hiasan)



Sepanjang beberapa minggu lepas hambe ade la mengikuti sikit2 perkembangan tentang sukan komanwel yang Kontinjen Malaysia ada menyertainya..sama ada di televisyen atau di surat khbar..daripada pengamatan hambe..kesemua media menyanjung dan menganggap atlit yang merangkul pingat ini adalah sebagai "Hero negara" dan "Idola kepada masyarakat"..

Tetapi bagi hambe..tak seratus peratus hambe bersetuju dengan kenyataan "Hero negara" dan "Idola kepada masyarakat" itu ..hambe tak bersetuju bukanlah disebabkan hambe dengki dengan diorang sebab hambe tak dapat mewakili negara..hambe tak bersetuju disebabkan cara mereka berpakaian ketika bertanding dan statement2 media seperti mana situasi di bawah seperti mana yang terjadi baru2 ni..


SITUASI 1

Suatu malam..tengah boring2 duduk kat rumah..maka hambe bukak la tv..bukak tv1 ade la mase tu liputan sukan komanwel ni..mase tu pengulas sukan tengah mengulas mengenai kejayaan penerjun negara..tiba2 pengulas sukan tu mengeluarkan satu statement yang menyebabkan hambe jadi menyampah dan terus tukar channel lain..statement tu adalah..

Pengulas sukan:" Kejayaan penerjun negara meraih pingat emas wajar dibanggakan oleh seluruh rakyat malaysia dan wajar dijadikan idola dan contoh oleh seluruh rakyat Malaysia".

Daripada statement diatas Hambe terfikir juga apa yang nak dibanggakan..bangga sebab berjaya menunjukkan yang Malaysia ada seorang penerjun yang hampir telanjang?..padahal satu dunia tahu yang Malaysia ni adalah sebuah negara islam..tak ke malu kite..

Hambe juga terfikir apa yang nak dijadikan contoh..Mungkin selepas ini ramai orang pakai baju renang semata-mata mahu mencontohi penerjun perenang negara?

SITUASI 2
Pada suatu petang di pejabat..tengah boring2(boring lagi..kat rumah pun dah boring) duduk kat pejabat takde kerja(padahal kerja banyak,tapi boss takde kat pejabat boleh la mengular)..maka hambe bukak la surat khbar utusan untuk menghilangkan keboringan..bila hambe bukak kat ruangan sukan..Mak aii.. terpampang satu gambar besar yang menunjukkan seorang penerjun negara yang hampir bertelanjang sedang melakukan terjunan tirup...cukup besar gambar tu sehingga boleh dijadikan poster di dinding bilik tidur(tapi jangan la buat benda tu).. astaga..utusan ni pun satu..apasal la die letak gambar besar2 camtu..tak pasal2 dapat dosa kering..tiba2 Rakan Sepejabat hambe menyampuk..

Rakan Sepejabat : Woi!!..hang tengok apa tu!!?

Hambe: Terkejut den..ko ni kalu ye pun bagi la salam dulu..kalau aku mati terkejut..sape yang nak tanggung..nenek aku jugak yang tanggung..aku tengah tengok baju renang penerjun ni..cantik pulak aku tengok..

Rakan Sepejabat : Hek eleh..hang tipu..hang tengok penerjun tu kan..

Hambe: Nak buat camne..dah tertengok..utusan ni pun satu..tak menjaga betul sensiviti kite sebagai seorang lelaki..Nanti kite bagitau boss..suruh tukar paper lain..

Rakan Sepejabat : Hek eleh..alasan la tu..ok..aku nak tanye hang sikit.. kalau lelaki tengok sukan gimnastik..apa yang laki pandang..seni gimnastik tu ke atau gimnas tu?..jawab jujur ok..

Hambe: Jujur?

Rakan Sepejabat : Ye la..jujur..

Hambe: Mesti la orang laki pandang gimnas tu..

Rakan Sepejabat: Dalam iklan kereta contohnya..orang laki pandang kereta tu dulu atau pandang model pompuan tu dulu..

Hambe: Pompuan tu dulu.

Rakan Sepejabat : Dalam iklan pelangsing badan..orang laki tengok produk tu ke atau body model tu..

Hambe: Model tu..

Rakan Sepejabat : Dalam iklan sabun..orang laki tengok sabun tu ke..atau model sabun tu..

Hambe: Model Sabun tu..

Rakan Sepejabat : Dalam iklan syampu Bawang Jackie Chan..orang laki tengok jackie chan ke atau produk syampu bawang..

Hambe: Tengok produk syampu bawang..

Rakan Sepejabat: Sebab ape?

Hambe: Sebab jackie chan bukan org pompuan.

Rakan Sepejabat : Salah..org laki akan pandang Rambut Jackie Chan..sebab Rambut Jackie Chan tak lawa..serabut..tak padan langsung nak jadi model syampu..hahahaha..

Hambe:.......................

Rakan Sepejabat : Daripada pertanyaan aku tu..aku nak tunjukkan kat hang..orang laki ni lebih tertarik kat org pompuan daripada produk yang ditunjukkannya..ramai orang pompuan sekarang ni dah dieploitasi ,cuma depa je yang tak sedaq..sama jugak macam sukan ni..penglibatan wanita dalam sukan ni sebenarnya telah dieploitasi oleh orang yahudi yang ingin lihat orang islam hancuq..dah bila orang pompuan bertelanjang bila bersukan..orang laki yang tengok tu memang confirm la dapat dosa dan hancuq..tu yang yahudi suka tengok tu..senang cerita sukan ni salah satu cara yahudi untuk hancurkan islam..sukan tu tak salah kalau ikut syariatnya..malah boleh jadi satu ibadah..tapi bila orang dah langgar syariat dan tak jaga pasal aurat..tu yang jadi kacau sukan ni..betul tak?

Hambe: Btul3..

Kesimpulan:
1. Daripada 2 situasi diatas hambe dapat simpulkan..sukan tu tak haram..tapi bila dah dilanggar syariatnya..maka ia akan jadi haram

2. Amatlah tak bersesuaian dan berpatutan sekali atau manis sekali untuk menjadikan atlit yang tak menjaga aurat sebagai "Hero negara" atau "Idola masyarakat"..hanya atlit yang menjaga aurat sahaja yang berhak dikatakan "Hero negara" atau "Idola masyarakat"..tetapi persoalannya..berapa ramai atlit yang benar2 menjaga aurat dan syariat dalam bersukan???

Tuesday 12 October 2010

Lukisan Alam





Artis:Hijjaz
Lagu :Lukisan Alam



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu