Monday 20 December 2010

Wali Band – Ya Allah

Mamat2 Indon si Wali Band..walaupun Rock..tapi lagu2 berbentuk kerohanian
tetap tidak dilupakan.




Lagu: Ya Allah
Artis: Wali Band



(Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku.


=Syahdu pulak dengar lagu ni..dgar berpuluh2 kali tetap xboring..mendalam makna lirik lagu ni...

p/s: Bizzy dengan keje sejak akhir2 ni..maklumlah hjung tahun..kena tutup buku..nak update blog pun dah tak de mase..cara paling mudah untuk update blog..post lirik lagu..hu3

Saturday 20 November 2010

Mak Jahat

FAHRI(gambar hiasan)

FAHRIN AHMAD(gambar hiasan)



Antara Fahrin Ahmad dengan Fahri,siapa lagi handsome?
(pertanyaan ini tak de kena mengena dengan cerita dibawah)







Pada suatu pagi..sedang hmbe tengah syok bace paper sambil minum kopi kapal api...kedengaran di corong radio..lagu "papa jahat" nyanyian kumpulan Fabolus Kucing..

Tibe2 tergiang2 perkataan

"Maaak Jahaaat!!!".....................................................................

"Maak Jahaat!!"..................................................................

"Mak Jahat!"............................................

Di kotak pemikiran hmbe...lantas..lantas ia mengingatkan hmbe kepada suatu kisah..,....






6 bulan sebelum ini

Hmbe ade mengenali seorang kanak-kanak..berusia 11 tahun..handsome budaknya..mukanya ada ala-ala iras dengan pelakon filem ayat-ayat cinta...Fahrin Ahmad...eh silap...Fahri...kalau nak digambarkan wajah budak tu..cube bayangkan muka Fahri pelakon ayat2 cinta tu mase kecil..macam tu la wajah budak tu..tapi bukan tentang wajah budak tu yang hmbe ingin ceritakan..tetapi berkenaan kisah hidupnya dan perkataan "Mak Jahat" yang pernah keluar dari mulutnya..

Nama sebenar budak ni hmbe dah lupa..tapi biar la hmbe memanggilnye dengan nama Fahri memandangkan mukanya ada iras Fahri..Fahri ini adalah anak ke-2 dari adik beradiknya..Fahri ade seorang kakak yang cun(ini tiada kaitan ngan cerita).. mak ayahnya telah bercerai dan sekarang Fahri dijaga oleh datuk neneknya..ayahnya kerja di luar..jadi memang jarang ayahnya menjenguk Fahri..maknya telah berkahwin lain..maknya juga jarang berjumpa dengan Fahri..akaknya yang cun tu duduk dengan maknya..jadi tinggallah Fahri keseorangan dengan datuk neneknya..mengharapkan kasih sayang datuk neneknya..

Hmbe jadi baik dengan Fahri kerana kami selalu berkerjasama untuk menahan motor aiskrim Pak Man semasa hmbe training kerja di tempat Fahri dahulu..kalu tak Fahri yang menahan..hmbe yang tahan..kalau dua-dua tak dapat menahan..maka terlepaslah minggu itu untuk kami makan aiskrim Pak Man yang sedap kerana Pak Man hanye masuk ke kampung itu seminggu sekali..sekarang hmbe sudah tak dapat melakukan perkara tersebut kerana hmbe sudah berpindah tempat kerja..tinggallah Fahri menahan sorang2..sungguh hmbe rindukan saat2 itu..selamat berusaha Fahri..

Kebiasaanya apabila kami berjaya mendapatkan aiskrim..kami akan duduk dibawah pokok payung indonesia berdekatan dengan rumah untuk menikmati aiskrim itu..dan pada masa itu la hmbe ade kesempatan untuk berborak dengan Fahri..Fahri walaupun masih kanak-kanak..tetapi dia tak kekok untuk berborak dengan orang yang lebih dewasa denganya..cerita Fahri biasanya berkisar tentang:

1. Aktiviti silat yang disertainya..
2. Aktiviti melastik cicak dekat masjid
3.Tentang ayam serama kepunyaan datuknya.
4.Aktiviti main game dekat CC
5.Tentang cerita kakak angkatnya yang selalu dibuli oleh rakan sekelasmya..

Hmbe layan je la cerita Fahri..seronok juga dengar cerita Fahri ini..kemudian terdetik dekat fikiran hambe berkenaan perihal ibunya yang jarang sekali menjenguknya..

Hmbe: "Adik,mengapa mak adik jarang menjenguk adik?

Fahri: "Mak Jahat!"

Hmbe: Tergamam sebentar.."Mengapa adik kata mak jahat..tak baik kata macam tu kat mak"

Fahri : "Mak jahat!..mak biasa minum arak..mak tak hiraukan sangat adik dengan kakak..mak kalau keluar rumah tak pakai tudung dan pakai seluar pendek..mak dengan ayah selalu bergaduh sebab mak ada lelaki lain..itu yang ayah ceraikan mak".


Hmbe:--------------tergamam lagi..........

Fahri: "Mase adik duduk dengan mak dengan ayah..mak dengan ayah tak pernah ajar adik solat dan al-quran..bile mak dengan ayah bercerai..bile adik dah duduk dengan tok wan..baru la adik pandai solat dan bace al-quran sebab tok wan yang ajar..


Hmbe:---------berapa banyak tergamam daa--------------------


Petang itu baru la hmbe dapat tahu keadaan sebenar keluarga Fahri..sebab ape mak ayahnya bercerai..sebab ape Fahri kate maknya jahat..tetapi hmbe bersyukur..bersyukur kerana Fahri tidak mengikut perangai tak baik maknya..Fahri rajin ikut datuknye ke masjid..Fahri rajin mengaji Al-Quran..Fahri menghormati orang lain..itu yang hmbe bersyukur,,,rupanya penceraian mak ayahnya mempunyai hikmahnya tersendiri..ia memberi peluang kepada Fahri untuk mendalami ilmu agama..jikalau Fahri masih bersama dengan mak ayahnya..mungkin Fahri masih lagi tak pandai solat dan bace Al-Quran..

Konklusinya: Inilah reailiti sekarang..ramai mak ayah yang dah tak hiraukan anak2..sibuk sangat dengan kerja sampai tak de mase nak curahkan kasih sayang..sibuk sangat sampai tak tahu dengan siapa anaknya berkawan..sibuk sangat sampai tak tahu anaknya buat maksiat..sibuk sangat sampai tak sempat memberikan didikan agama..

Sebenarnya ibu bapa ini bukannya sibuk sangat..tetapi disebabkan kurangnya sensitiviti terhadap agama menyebabkan mereka mengabaikan keperluan rohani anak2..kebanyakan ibu bapa memang tak terlepas menyediakan keperluan jasmani..tetapi ramai ibu bapa yang terlepas dalam menyediakan keperluan rohani anak2 iaitu AGAMA dan KASIH-SAYANG...sedarlah wahai ibu bapa..anak2 kamo sebenarnya dahagakan ilmu AGAMA dan KASIH-SAYANG..yakinlah jika kamo sudah menyediakan AGAMA dan KASIH SAYANG yang secukupnya kepada anak2 kamo..Insyallah akan jadilah anak kamu sebagai penyejuk matamu..jikalau kamo mengabaikannya..Insyallah anak2 kamo akan jadi manusia yang mencontengkan arang ke muka kamu..

p/s: Rase macam tulis novel pun ade...


Sunday 14 November 2010

Majalah Solusi


Majalah Solusi Yang Terbaru




Kali ini hmbe nak memperkatakan berkenaan majalah solusi..majalah ini sangat bagus..isu yang ditengahkan menarik dan segar.. padat dengan ilmu yang berguna..merangkupi semua aspek..dari aspek tasawuf,ibadat,syariat dan motivasi diri..gambar2 dan gambar rajah juga menarik.. gaya penulisan majalah ini tak berat..sederhana sahaja..jadi memang sangat seronok untuk dibaca..penulisnya hebat2..terdiri dari ustaz dan ustazah yang terkenal..seriously..memang tak rugi beli majalah ni..

Walaupun ada orang kata majalah ini mahal sebab harganya RM 9.00..tapi kalau nak dibandingkan dengan nilai ilmu dan pengajaran yang ada dalam majalah ini..memang tak ternilai harganya..lagipun majalah ini guna kertas yang cantik dan berkualiti..jadi memang berpadanan dengan harga rm 9.00 tu..

Sekarang ini sedang keluar isu yang ke-25..nak tahu lebih lanjut..dapatkan majalah ini di kedai2 buku yang berdekatan dengan anda..dekat kedai buku india dengan cina pun ade jual..

p/s..Puas dah baca komik..nak baca buku yang ilmiah sikit..


Sunday 7 November 2010

I HATE GAY!!

Golongan2 gay yang dicekup..tak tahu malu langsung diorang ni




Petikan Metro Ahad 07.11.2010



MELAKA: Rahsia dua buah premis tanpa papan tanda perniagaan di luar yang menjadi tumpuan lelaki, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), di Kampung Pantai dan Jalan Hang Jebat, di sini, diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menawarkan aktiviti songsang, kelmarin.

Serbuan bermula kira-kira jam 9 malam itu dilakukan Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selepas melakukan intipan sejak seminggu lalu.


Kegiatan dua buah kelab gay berkenaan terbongkar selepas pihak BPPA menerima aduan awam berhubung aktiviti mencurigakan di premis terbabit, dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu.

Pengarah BPPA, Shadan Othman berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat daripada keluarga pelajar sebuah IPT di negeri ini apabila mendakwa anak lelakinya berubah perangai hingga pelajarannya turut merosot, sekali gus menimbulkan kebimbangan.


Menurutnya, keluarga terbabit datang ke negeri ini untuk meninjau masalah anak lelakinya berusia awal 20-an, termasuk mengintip pergerakannya sebelum didapati mengunjungi kelab gay terbabit, menyebabkan mereka meminta bantuan BPPA untuk menanganinya.


“Berdasarkan aduan, kita menyerbu kedua-dua kelab gay terbabit secara berasingan dan memeriksa 30 lelaki berusia antara 20-an hingga 50-an sebelum mereka dibebaskan selepas keterangan diri diambil untuk siasatan lanjut.

“Pada masa serbuan, kita juga mendapati sepasang lelaki berusia 30-an dan 40-an dalam keadaan bogel melakukan hubungan sejenis di dalam bilik, dan mereka yang terkejut dengan serbuan kemudian diarah memakai baju.


“Berdasarkan maklumat, kedua-dua kelab ini menjadi tumpuan lelaki, termasuk pelajar IPT, dipercayai untuk melampiaskan nafsu songsang kerana ketika diserbu, kebanyakan mereka hanya memakai tuala tetapi ada juga mandi dalam keadaan bogel dan berada dalam sauna yang terletak di bahagian atas,” katanya.

Metro Ahad difahamkan, premis berkenaan dibuka setiap hari di mana bayaran masuk untuk ahli adalah RM15 pada hari biasa manakala RM20 pada hujung minggu, termasuk cuti umum, sementara bukan ahli perlu membayar RM18 (hari biasa) dan RM25 pada hujung minggu.


Shadan berkata, pihaknya yang mengakui terkejut dengan kewujudan pusat spa untuk golongan gay berkenaan turut menemui beberapa kondom yang digunakan di dalam bilik selain barangan lain seperti minyak serta losyen dipercayai untuk kegunaan aktiviti mereka.


Menurutnya, beberapa bilik dengan tilam disediakan di premis itu, tetapi pihaknya gagal mengenal pasti operasi sebenar kelab terbabit kerana semua lelaki yang diperiksa mendakwa mereka adalah pelanggan yang datang untuk beristirehat.


“Kita mendapati sebuah premis mempunyai lesen perniagaan, manakala sebuah lagi dalam proses memohon tetapi sudah memulakan operasi. Akibat itu, pihak BPPA meminta MBMB tidak meluluskannya selain menarik semula lesen berkenaan kerana dikesan melakukan aktiviti songsang.


“Malah, dua lelaki yang didapati melakukan perbuatan luar tabie juga dikenakan tindakan mengikut Seksyen 58 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka 1991, di mana sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau enam sebatan atau denda RM5,000 atau ketiga-tiga sekali.


“Kita juga meminta orang ramai tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mendapati aktiviti mencurigakan supaya pemantauan selain tindakan sewajarnya dapat diambil


KOMEN: Marah+Geram+Seram Sejuk hmbe bile baca keratan akhbar metro ni..Ya Allah..ape la nak jadi kat umat melayu islam sekarang..dah teruk benor..ini perbuatan yang sangat dilaknat oleh Allah..tak tau ke diorang..sebab perbuatan camni la kaum nabi Lut diazab..masyarakat kita ni kalau nak dikira la dengan perbuatan maksiat dan dosa yang dilakukan..dah lame ptut kita kena azab malapetaka.. malapetaka azab ni kalau nak jadi..bukan kira kena kat orang jahat saja..org baik2 pun kena..moga Allah melindungi kita dari azabnya..geram sungguh hmbe ngan golongan gay ni..kalau ikutkan hati ni..mau je hmbe tempeleng gay2 ni sampai menangis sedu sedan..gay2 ni bukannye tak de bini kat umah..tapi nak meliwat gak kaum sejenis.....****** sungguh..korang rase..ape yang kite ptut buat kat golongan2 gay ini...???




Thursday 4 November 2010

Surat Kepada Pengurus Besar Mas





Mase tengah google tadi..terjumpe la surat ni kat blog orang..mungkin kalian pernah baca surat ni..ape pun.. surat ini tidak dapat dipastikan kebenarannya..dalam blog tu dia kata surat ni betul..kalau betul..memang tak betul mamat ni..,


Suratnya...




Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)


Tuan Pengurus Besar Kanan Malaysia Airlines System21 Sep 2005

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no
k/p831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang
teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh
tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu
saya mengaku sebab saya mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang
petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja
disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah
seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta
merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa
tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.
Itu saja keotaian saya.


2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.


3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)

Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)

Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ..

4. Pengalaman kerja :
Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, KualaLumpur
(kedai gemok)p/s (alignment kat situ tipu)
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)


5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan.
Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja
disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira
&seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja disyarikat
tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguhdisamping
bangun awal dan datang kerja awal.

Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkapbeberapa
kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap
ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini.

Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak
boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.Untuk
makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan
bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga
berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencurisaya
akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri.
Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak
tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan
bacaan yasin. Dan kunjungan org ramai.


Sekian terima kasih.

Yang benar,
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4 Taman Bukit Indah
68000 Ampang,Selangor



p/s: Hambe rasa surat ni rekaan semata2..tapi memang kreatif gak penulis surat ni..layaan..


Wednesday 3 November 2010

Kanak Kanak Yang Tabah




Baru-baru ini hmbe ade terjumpe gambar seorang budak yang cacat kakinya dalam internet...gambar2 budak itu mengagumkan hmbe...ini kerana walaupun kanak2 ini cacat kakinya..ia tak menghalang kanak-kanak ini untuk terus senyum dan melakukan aktiviti seperti orang normal..jom kite tengok gambar itu..
















"Siapa cakap budak2 tak boleh buat homerun..tengok ni"..kata budak itu..




"Saya berazam untuk mengalahkan watson yambek suatu hari nanti..yeah!!"...kata budak itu




"Doktor,bila saya besar,saya nak jadi angkasawan dan pergi ke bulan"...kata budak itu..
"Bukan setakat pergi ke bulan..ke planet pluto pun boleh pergi"..kata doktor itu...




"Budak ini sedang berada dalam misi berbasikal mengelilingi dunia"



"Alalala...sweetnye budak ni"..kata pompuan baju merah
"Kuda ni lagi sweet"...kata pompuan baju hitam



"Jaga2 dik..banyak ikan jerung dalam tasik tu"




" Sekali pandang macam Tiger Wood,
Dua kali pandang macam George W.Bush"




"Cute tak koleksi kaki palsu saya ini"..Kata budak itu



Melihat senyuman dan kekentalan budak ini mengharungi kehidupan menyebabkan hmbe kaget, kagum...kaget kerna budak ini masih tersenyum riang walaupun dirinya cacat...kagum kerna kanak2 ini mampu melakukan aktiviti2 lasak..bagi kanak2 ini..tiada yang mustahil bagi dia...

Mungkin Kanak2 ini akan menjadi presiden amerika di masa akan datang....

Siapa tahu?


p/s: Bersyukurlah dengan badan yang tak cacat walaupun tak handsome atau cun






Tuesday 2 November 2010

Cerita Suatu Subuh

Inilah Kereta yang selalu menjadi mangsa buli kepada kereta Katak Mr.Bean.....(Gambar Hiasan)






Pada Suatu Subuh

6.00 Pagi

Trrttt!!!..Trrrttt!!!..Trrtt!!!..Bunyi vibrate handset mengejutkan hmbe dri lena..Lantas hambe terus tersedar dari tidur .. "Huh..hidup lagi aku rupanya.. Syukur pada mu Ya Allah kerna telah menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan memberi badan yang sihat walafiat"...doa hmbe dalam hati...terasa riang dalam hati ini kerna dapat bangun tidur dalam keadaan segar dan sihat walafiat..tiba2 rasa riang dalam hati ini dipatahkan oleh lintasan hati....

"Aduh!!..hari ni keje..bnyak lagi masalah dipejabat yang aku belum setelkan.. belum lagi kat field..boring pulak rasenye keje ni..hari2 kje..kje..kje..kje..dan kje..kje..kje..dan lagi keje..mase study dulu..nak sangat keje..sebab dah boring bace buku..bila dah keje..bosan pulak rasanye..rase nak study balik "..desus hambe....rasa riang tadi telah bertukar menjadi suram..menjadi berserabut kembali...Tidak menunggu lame..lantas hambe kuatkan balik keyakinan..

"Ahh!!..kje ni kalau difikirkan sangat memang boleh membuatkan aku masuk Tanjung Rambutan...keje ni sampai aku mati pun tak habis..Baik aku tak yah pikir sangat..baik aku niatkan keje aku ni kerna Allah..baru dapat pahala dan diberkati keje aku ni.. hari ini aku akan settelkan masalah dengan sebaik mungkin..moga Allah menolong aku..Insyallah..Baik aku fikirkan solat subuh yang aku belum tunaikan lagi"..lantas hambe menjadi riang kembali ...lantas hambe bangkit dari katil..capai tuala..dan pergi ke bilik air...


6.05 Pagi..

Hmbe bukak suis lampu bilik air.."Tupp"'..serta merta cahaya lampu melimpahi bilik air...dan serta merta juga mata hambe terarah ke suatu lembaga kecil yang sedang Berenang Kuak Kupu-Kupu di dalam bekas tadahan air mandi....dan serta merta juga mata hambe yang kuyu menjadi terbeliak..dan serta merta juga perasaan riang tadi telah spin 360 darjah menjadi perasaan geli geliman dan menyirap sesirapnya bagaikan menyirap sirap bandung..dan serta merta juga hmbe berdesus dengan sedesusnya di dalam hati...

"Wei!! KATAK, ko buat ape berenang kuak kupu-kupu dalam bekas air tu..!!!..Wei!!..tu air yang
aku nak guna buat mandi la!..bukannye tempat ko mandi dan belajar berenang...banyak lagi paya yang ko boleh berenang..kenapa ko pilih jugak bekas air mandi tu..Argghh!!..aku dah menyirap ni...kalau aku ni Goku..dah lama aku jadi super saiya ke-4 dan bagi sebijik Kame Hame Ha kat kau..aku tak tau macam ne ko boleh masuk kat dalam bilik air aku..tapi kau tunggu la nasib ko sebentar lagi..!!

Dengan Tanpa membazirkan masa dan tanpa berkeperimanusiaan ..lantas, bagaikan adegan raksasa memecahkan empangan dalam cerita altromen..hambe terus menjatuhkan bekas air mandi tu...SPLASSSHHH!!!...dengan serta merta KATAK itu jatuh bersama-sama dengan air bagaikan dilanda tsunami..Katak itu tergapai2 cemas..mungkin ini disebabkan pengalaman kali pertama dia..Kemudian hambe tunggu sebentar sampai air dalam bilik air surut..tunggu melihat
reaksi katak itu..

Rupa2nya katak itu tak mahu berputus-asa...dia cuba melarikan diri dengan memanjat dinding bilik air..hambe tersenyum sinis.."Sia-sia sahaja usaha anda itu"..lantas hambe berlari ke bilik stor dan mencapai skop sampah dan sebatang penyapu..kemudian hambe berlari ke arah pintu belakang dan membuka pintu..lantas hambe kembali ke bilik air..bila hambe lihat kembali di dalam bilik air..katak itu telah hilang!!..mane katak itu pergi..?

Sementelahan itu..lantas hambe membuat operasi menjejaki katak itu..setelah dijejaki..rupanya katak itu sedang berusaha melarikan diri dengan melompat katak menghala ke arah dapur.."Kau tak akan berjaya melarikan diri wahai katak",,,desus hambe..lantas hambe pergi ke arah katak itu..menolak katak itu ke dalam skop sampah menggunakan penyapu..setelah katak itu selamat berada dalam skop sampah..lantas hambe berlari pecut 100 meter ke arah pintu belakang dan terus melempar katak itu ke arah luar rumah bagikan acara melontar lembing................




Katak itu melayang..melayang dan terus melayang dan terus jatuh tersungkur ke atas tanah....



"Maafkan aku wahai katak..bukan sengaja aku melempar kau dengan sebegitu kasar dan dengan tanpa berkeperimanusiaan..aku melempar sebegini kasar kerana aku geli dengan kau..kalau kau secomel kucing..tak kan aku buat begini..maafkan aku..


Lantas Hambe menutup kembali pintu.............



6.40 pagi..

Selepas mandi dan sembahyang subuh..hambe termenung dan berdesus

"Lawak betul aku marahkan katak tadi..padahal katak itu bukannya salah pun..die mane ade akal...kalu die berenang kuak kupu-kupu 100 kali pun kat tempat bekas air tu die bukannye berdosa pun..kalau die mati pun..habis macam tu..aku ni manusia..lepas mati..tak habis macam tu..nanti aku akan dihisab dan dipersoalkan..hrrmm..bagaimana la nasib aku di alam sana nanti.."

p/s...lepas ni hmbe kena tampal sticker "Dilarang Berenang Bagi Katak" dalam bilik air..