Saturday 20 November 2010

Mak Jahat

FAHRI(gambar hiasan)

FAHRIN AHMAD(gambar hiasan)



Antara Fahrin Ahmad dengan Fahri,siapa lagi handsome?
(pertanyaan ini tak de kena mengena dengan cerita dibawah)







Pada suatu pagi..sedang hmbe tengah syok bace paper sambil minum kopi kapal api...kedengaran di corong radio..lagu "papa jahat" nyanyian kumpulan Fabolus Kucing..

Tibe2 tergiang2 perkataan

"Maaak Jahaaat!!!".....................................................................

"Maak Jahaat!!"..................................................................

"Mak Jahat!"............................................

Di kotak pemikiran hmbe...lantas..lantas ia mengingatkan hmbe kepada suatu kisah..,....






6 bulan sebelum ini

Hmbe ade mengenali seorang kanak-kanak..berusia 11 tahun..handsome budaknya..mukanya ada ala-ala iras dengan pelakon filem ayat-ayat cinta...Fahrin Ahmad...eh silap...Fahri...kalau nak digambarkan wajah budak tu..cube bayangkan muka Fahri pelakon ayat2 cinta tu mase kecil..macam tu la wajah budak tu..tapi bukan tentang wajah budak tu yang hmbe ingin ceritakan..tetapi berkenaan kisah hidupnya dan perkataan "Mak Jahat" yang pernah keluar dari mulutnya..

Nama sebenar budak ni hmbe dah lupa..tapi biar la hmbe memanggilnye dengan nama Fahri memandangkan mukanya ada iras Fahri..Fahri ini adalah anak ke-2 dari adik beradiknya..Fahri ade seorang kakak yang cun(ini tiada kaitan ngan cerita).. mak ayahnya telah bercerai dan sekarang Fahri dijaga oleh datuk neneknya..ayahnya kerja di luar..jadi memang jarang ayahnya menjenguk Fahri..maknya telah berkahwin lain..maknya juga jarang berjumpa dengan Fahri..akaknya yang cun tu duduk dengan maknya..jadi tinggallah Fahri keseorangan dengan datuk neneknya..mengharapkan kasih sayang datuk neneknya..

Hmbe jadi baik dengan Fahri kerana kami selalu berkerjasama untuk menahan motor aiskrim Pak Man semasa hmbe training kerja di tempat Fahri dahulu..kalu tak Fahri yang menahan..hmbe yang tahan..kalau dua-dua tak dapat menahan..maka terlepaslah minggu itu untuk kami makan aiskrim Pak Man yang sedap kerana Pak Man hanye masuk ke kampung itu seminggu sekali..sekarang hmbe sudah tak dapat melakukan perkara tersebut kerana hmbe sudah berpindah tempat kerja..tinggallah Fahri menahan sorang2..sungguh hmbe rindukan saat2 itu..selamat berusaha Fahri..

Kebiasaanya apabila kami berjaya mendapatkan aiskrim..kami akan duduk dibawah pokok payung indonesia berdekatan dengan rumah untuk menikmati aiskrim itu..dan pada masa itu la hmbe ade kesempatan untuk berborak dengan Fahri..Fahri walaupun masih kanak-kanak..tetapi dia tak kekok untuk berborak dengan orang yang lebih dewasa denganya..cerita Fahri biasanya berkisar tentang:

1. Aktiviti silat yang disertainya..
2. Aktiviti melastik cicak dekat masjid
3.Tentang ayam serama kepunyaan datuknya.
4.Aktiviti main game dekat CC
5.Tentang cerita kakak angkatnya yang selalu dibuli oleh rakan sekelasmya..

Hmbe layan je la cerita Fahri..seronok juga dengar cerita Fahri ini..kemudian terdetik dekat fikiran hambe berkenaan perihal ibunya yang jarang sekali menjenguknya..

Hmbe: "Adik,mengapa mak adik jarang menjenguk adik?

Fahri: "Mak Jahat!"

Hmbe: Tergamam sebentar.."Mengapa adik kata mak jahat..tak baik kata macam tu kat mak"

Fahri : "Mak jahat!..mak biasa minum arak..mak tak hiraukan sangat adik dengan kakak..mak kalau keluar rumah tak pakai tudung dan pakai seluar pendek..mak dengan ayah selalu bergaduh sebab mak ada lelaki lain..itu yang ayah ceraikan mak".


Hmbe:--------------tergamam lagi..........

Fahri: "Mase adik duduk dengan mak dengan ayah..mak dengan ayah tak pernah ajar adik solat dan al-quran..bile mak dengan ayah bercerai..bile adik dah duduk dengan tok wan..baru la adik pandai solat dan bace al-quran sebab tok wan yang ajar..


Hmbe:---------berapa banyak tergamam daa--------------------


Petang itu baru la hmbe dapat tahu keadaan sebenar keluarga Fahri..sebab ape mak ayahnya bercerai..sebab ape Fahri kate maknya jahat..tetapi hmbe bersyukur..bersyukur kerana Fahri tidak mengikut perangai tak baik maknya..Fahri rajin ikut datuknye ke masjid..Fahri rajin mengaji Al-Quran..Fahri menghormati orang lain..itu yang hmbe bersyukur,,,rupanya penceraian mak ayahnya mempunyai hikmahnya tersendiri..ia memberi peluang kepada Fahri untuk mendalami ilmu agama..jikalau Fahri masih bersama dengan mak ayahnya..mungkin Fahri masih lagi tak pandai solat dan bace Al-Quran..

Konklusinya: Inilah reailiti sekarang..ramai mak ayah yang dah tak hiraukan anak2..sibuk sangat dengan kerja sampai tak de mase nak curahkan kasih sayang..sibuk sangat sampai tak tahu dengan siapa anaknya berkawan..sibuk sangat sampai tak tahu anaknya buat maksiat..sibuk sangat sampai tak sempat memberikan didikan agama..

Sebenarnya ibu bapa ini bukannya sibuk sangat..tetapi disebabkan kurangnya sensitiviti terhadap agama menyebabkan mereka mengabaikan keperluan rohani anak2..kebanyakan ibu bapa memang tak terlepas menyediakan keperluan jasmani..tetapi ramai ibu bapa yang terlepas dalam menyediakan keperluan rohani anak2 iaitu AGAMA dan KASIH-SAYANG...sedarlah wahai ibu bapa..anak2 kamo sebenarnya dahagakan ilmu AGAMA dan KASIH-SAYANG..yakinlah jika kamo sudah menyediakan AGAMA dan KASIH SAYANG yang secukupnya kepada anak2 kamo..Insyallah akan jadilah anak kamu sebagai penyejuk matamu..jikalau kamo mengabaikannya..Insyallah anak2 kamo akan jadi manusia yang mencontengkan arang ke muka kamu..

p/s: Rase macam tulis novel pun ade...


4 comments:

  1. Salam...

    Mujur la 'Fahri' dipelihara dan dididik dgn sempurna oleh datuk n neneknye kan..Kalau dok ngn maknye xtau jadi ape..Risau plak kenangkan mase depan kakaknye yg tggal dgn mak tu..Jgn jd 'mak borek anak rintik' sudah..

    ReplyDelete
  2. mmm..moga2 kakak fahri tak ikut perangai maknya..amin..

    ReplyDelete
  3. Urusan dunia terlalu sibuk bila dikejarkan..namun kita juga perlu ingat... saham akhirat pun kita kene ada... thanks bro ..kongsi cite ni..

    ReplyDelete