Monday 15 February 2010

Ya Allah..Ku Dambakan taufik hidayah mu..


Di saat mentari menjelang..

Ku lihat cahaya mentari cantik melimpahi langit..

Burung2 berterbangan bebas mencari makanan..

Alangkah indahnya suasana ini..

Tapi ku sedar..

Kehidupan didunia ini tak seindah itu..

Akan kualami suka duka kehidupan yang pastinya boleh
membuatkan ku terduduk..tersungkur..

Tapi ku yakin..ku akan dapat menghadapi kerana Allah tak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya..

Dan ku yakin..ini semuanya mengandungi beribu hikmah dari ilahi..
ini semua ujian dari ilahi hendak menguji keimanan dan ketakwaan..hendak melihat siapakah yang lebih baik amalanya..

Oleh itu Ya Allah..

kuatkanlah pegangan ku..

tabahkanlah diriku..

kuatkanlah semangat ku mengadapi pancaroba dunia yang datang
bersilih ganti..yang tak mengenal darjat dan pangkat..

Hambamu ini banyak melakukan dosa dan kesalahan..oleh itu ya Allah..ampunilah dosaku..dosa kedua ibu bapa dan adik beradikku..ampunilah dosa jiran dan kawan2ku..dan
seluruh mukmin dan mukminat..

Dan berikanlah pertolongan dan taufik hidayah kepada ku..semoga ku dapat menghadapi kesemuanya dengan jayanya demi kebahagian dunia dan akhirat..AMIN YA ALLAH


Ya Allah..Ku Dambakan taufik hidayah dan pertolongan mu..

No comments:

Post a Comment