Sunday 6 December 2009

Duit x Cukup?


Pada kali ini hamba ingin memberikan pendapat tentang isu yang mana hampir setiap orang menghadapinya iaitu "Duit x cukup?"Seringlkali kalau hambe lepak bersama kawan2 hamba akan terdengar perbualan seperti "Mane aku nak cari duit","Duit aku xcukup la"."Duit aku dalam bank dah nak habis","Pening la,banyak benda nak bayar" dan macam2 lagi ayat yang menunjukkan diorang kempunan duit.Apabila hambe mendengar ayat-ayat seperti ini,hamba hanya tersenyum sahaja kerana hamba tahu,masalah yang diorang hadapi adalah berpunca dari diorang sendiri bukannye dari faktor luar . kenape hamba kata masalah ini berpunca dari diorang sendiri?.O.k mari kita lihat punca masalahnye,

1.Tak pandai menguruskan kewangan/perbelanjaan

Ini adalah salah satu faktor terbesar mengape ramai orang merasakan x cukup duit.Dalam ekonomi ada prinsip "Needs and want" atau dalam bahasa melayu "Keperluan dan kemahuan". Didalam perbelanjaan, kite banyak dipengaruhi oleh prinsip ini. Untuk menerangkan konsep ini hambe bagi satu contoh, didalam kehidupan kita memerlukan kenderaan untuk bergerak dan ini adakah prinsip "keperluan" kerana tanpa kenderaan kite sukar untuk bergerak jauh. Didalam pasaran terdapat pelbagai jenis dan model kenderaan. Kite pastinya ada berminat dengan sesuatu model kenderaan yang kita idamkan dan inilah prinsip"kemahuan".Tetapi timbul masalah apabila prinsip "kemahuan" ini melebihi dari kemampuan kite. Contohnye,dengan gaji yang ade,sifulan boleh membeli keretaToyota xxx dengan tanpa menjejaskan perbelanjaan lain, tetapi disebabkan ingin menunjuk atau bagi orang mengatakan dia sebagai orang kaya maka sifulan ini belilah kereta BMW xxx yang lebih mahal tanpa memikirkan yang sebenarnya dia telah memotong peruntukan untuk perbelanjaan lain. Walhal kedua-dua kereta ini boleh bergerak. Mulalah sifulan ni merasakan tak cukup duit. begitu juga untuk belanja hal lain. jadi di sini kite nampak puncanye. Ramai orang yang berbelanja lebih dari kemampuanye. Disinilah pentingnye sifat Qanaah dan Redha.Insyallah kalau dizinkan Allah hambe akan memperkatakan berkenaan sifat Qanaah dan Redha

2. Sifat boros

Ini juga penyumbang terbesar kepada mengapa ramai orang merasakan "Duit x cukup" .Sifat ini sangatlah buruk. Kite semua tahu membazir/boros merupakan sifat syaitan tetapi ramai juga orang yang melakukannye. Contoh kite lihat dalam bulan puasa dan raye. Dalam bulan puase banyak bazar/pasar didirikan, jadi ramailah orangmengunjungi pasar itu. Apabila di pasar, ramai pengunjung naik "Syeikh" melihatkan pelbagai makanan dijual. Jadi masing2 penuhlah ditangan dengan pelbagai juadah untuk dibawa pulang. Kemudian apabila tiba masa berbuka puase, Ramailah orang yang makan dengan lahapnye dengan niat hendak menghabiskan semua makanan walhal bila dah kenyang, banyak lagi makanan yang belum dimakan. Jadi terjadilah pembaziran yang disukai oleh musuh kite iaitu syaiton. Bile lepas makan mulalah rasa mengantok..jadi tidorlah sifulan itu tanpa solat maghrib,isyak dan terawikh.Maka bergelak sakanlah syaiton melihatkan sifulan itu. Kemudian bila nak raye mulalah sibuk nak beli baju raya 5 pasanglah,nak buat/beli 50 jenis kuihlah..nak tukar sofa,tv,langsir,perabot,set pinggan dan macam2 lagi la walhal semua barang itu masih baru lagi sampaikan ade yang sanggup berhutang..jadi bile lepas raya mulalah sifulan pening memikirkan hutang dan duit xcukup.Ini semuanye disebabkan sifat boros/membazir..

3. Tiada keberkatan dalam rezeki.

Dan inilah faktor utama yang menyebabkan ramai orang rase tak cukup duit. Ape maksud berkat dalam rezeki?..maksudnye adalah Allah redha dengan rezeki yang kiteperoleh itu. Kite lihat,ramai orang yang mempunyai gaji beribu2,bahkan berpuluh ribu sebulan..tetapi mereka masih lagi merasakan yang mereka tak cukup duit.Sebab ape..sebab tiada keberkatan rezeki..macamana sifulan itu hendak mendapat berkat walhal dia makan rasuah, menyeleweng,menindas dan menipu. Jadi gaji yang die peroleh sudah haram dan pastinye tidak mendapat keberkatan dari Allah. Bila hidup sudah tidak diberkati Allah,maka rasa sempitlah kehidupan sifulan itu. Contoh kite lihat kehidupan perompak,pemakan rasuah,pengedar dadah,penagih dadah,penyeleweng,penipu,pelacur,bapa ayam dan bermacam2 lagi kerja haram mereka tak pernah merasa aman dalam kehidupan.Di sini kita dapat lihat pentingnya keberkatan dalam rezeki kerana bila rezeki kite berkat barulah Allah memberkati kehidupan kite

Inilah 3 faktor yang hambe fikir menyebabkan kite merasa tak cukup duit. Hambe juge xmenafikan faktor taraf hidup, harga barang,ekonomi dan gaji mempengaruhi..tetapi faktor terbesar adalah disebabkan 3 perkara di atas..Ape kate kalian?..Setuju?

No comments:

Post a Comment