Thursday, 20 May 2010
Penagih Dadah
Gambar menunjukkan dua orang penagih dadah menjalani rawatan pemulihan dadah
Penagih Dadah Kutip Derma(kosmo 20/5)
Kuala Terengganu-Tembelang dua penagih dadah berpura-pura mengutip derma untuk sebuah rumah kebajikan di Pengkalan Hulu,Perak pecah apabila kedua-dua mereka ditahan di Jertih,Besut dekat sini isnin lalu..
Suspek berusia 24 dan 43 tahun itu ditahan pukul 5petang selepas polis menerima aduan daripada orang ramai yang curiga dengan penampilan dan dakwaan mereka.Pemangku ketua jabatan siasatan jenayah negeri,Supritendan K.Manoharan berkata,suspek gagal menunjukkan lesen untuk mengutip derma,katanya polis turut merampas wang derma sebanyak RM340 dan kedua-dua mereka didapati positif pil kuda selepas menjalani ujian air kencing..
Ulasan: Lawak betul penagih dadah tu..boleh pulak tertangkap masa mintak derma..camne la boleh tertangkap..Daripada ayat "polis menerima aduan daripada orang ramai yang curiga dengan penampilan dan dakwaan mereka"...hmbe rase la..mungkin masa penagih dadah tu mintak derma sambil2 tu dia hisp gam sekali..lepas tu penagih tu kate nak mintak derma untuk pusat serenti..memang la kantoi kalau camtu..hmbe syorkan la kepada pihak berkuasa memandangkan penagih dadah tu suka dengan kerja kebajikan..apa kata pihak berkuasa hukum diorang dengan menyuruh diorang ni mintak derma dari satu negeri ke satu negeri dengan berjalan kaki..disamping dapat menginsafkan diorang..diorang jugak boleh masuk dalam Malaysia Book Of Record.."rekod mintak derma Satu malaysia dengan berjalan kaki"..famous pun dapat..kalau diorang tak nak buat camtu..apa kata suruh diorang jadi petugas rumah kebajikan warga emas..suruh diorang basuh berak kencing warga emas kat situ..confirm diorang insaf punye..
Inilah senario penagih dadah..mereka sanggup buat apa saja untuk mendapatkan dadah..tapi penagih dadah yang kantoi mintak derma tu dikategorikan sebagai penagih yang baik sikit la berbanding dengan penagih yang mendapatkan duit dengan Meragut,Merompak,Menyamun,Mencuri,Mengugut,Membunuh atau dengan Menetak Mak Ayah sendiri..
Penagih2 dadah ni mencuri bukannya untuk membeli makanan ataupun membeli kasut sukan untuk bermain futsal..tetapi diorang dapat duit beli dadah tu jugak..hmbe pasti kalau dengan hasil mencuri diorang ni kalau diorang tak gunakan untuk membeli dadah..mesti diorang dah kaya..siap boleh buat persatuan lagi.."persatuan penagih perompak kaya semalaysia"..
Kadang2 hmbe terfikir jugak..mengapa la penagih2 dadah ni merompak orang ramai..kenapa diorang tak merompak pusher dadah tu sendiri..lagi senang..lepas rompak pusher tu..duit dapat,dadah pun dapat..dan tak payah la nak susah2 merompak orang ramai..dan tak payah susah2 nak larikan diri dari dikejar oleh orang ramai dan polis..
Konklusinya: Berhati-hatilah dengan keadaan sekarang ni kerana tak mustahil kita pulak yang akan menjadi mangsa jenayah penagih2 ni..dan jauhilah dadah kerana ia akan merosakkan kehidupan dan masa depan kita..dan jika ada adik2 kita yang masih bersekolah yang menghisap rokok..tak kira la..adik betul2 ke..adik olok2 ke..adik angkat ke..adik tak terangkat ke..ataupun adik sedara ke..suruh diorang berenti hisap rokok..sementara diorang masih bersekolah lagi ni coz bila dah diorang habis sekolah memang diorang payah nak berenti hisap rokok..sebab ape?..sebab orang yang hisap rokok ni lagi tinggi kemungkinan untuk hisap dadah..menurut kajian 90 peratus orang hisap dadah bermula daripada hisap rokok dahulu..so..fikir2 fikirlah sendiri(hmbe xnak guna ayat "Lu pikir la sendiri" coz hmbe xminat ngan nabil)..ok..finish..
(YA ALLAH,LINDUNGILAH KAMI DARI NAJIS DADAH INI..AMIN YA ALLAH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam.
ReplyDeletebersiar-siar di sini.
:)
Silakan..silakan..jgan malu2
ReplyDeletekeh3.. aku syak, bila diorg mntak dadah, diorg tersapu2 idong diorg.. garu2 lengan.. x profesional langsong nak berlakon.. kan dh kantoi~ heheh!!
ReplyDelete*Kau kalau nak isap dadah, pi isap jauh2, jangan cederakan org awam dengan ketagihan kau!*
kalau dkt kl sekarang ni ade yg mengaku sakit la..xde duit mintak beli kan air tuk minum..bkn nak bersangka buruk..tp kalau org lain pun terkene tu kira menipu la..dan ada kemungkinan mereka adalah penagih dadah..hati2 tau kat mane je..
ReplyDeleteheroiczero
ReplyDeletebtul tu en.heroiczero
Nazz@purple
mmang btul tu cik Nazz..pnagih ni nmpak je poyo..tp diorang sbnarnya bleh mencederakan kita..
Salam ziarah tuan tanah.
ReplyDeletebagus isi kandungan blog ni. =)
salam..kita minat saje...
ReplyDeletenampaknye kamu sehaluan....
naruto sdg onde way mahu kalahkan naruto jahat..
salam ziarah... blog aok bagus amat..
ReplyDeleteziarah ur blog..nice too..keep it up
ReplyDeletejadilah seorang penagih yang berjaya--
?????
ReplyDeleteSalam rodong...
ReplyDeletesinggah follow aok..
nice blog... :)
hebat ekk penagih dadah sekarang..mesti otak diorg geliga nie..
ReplyDelete---------------
ReplyDelete