Sunday, 20 December 2009
Pest and Disease(2)
Adakah kemusnahan ini boleh mengambarkan kemusnahan sosial yang
dihadapi umat islam sekarang?
Seperti yang dijanjikan,hambe akan menyambung kembali berkenaan pest and disease kepada masyarakat islam seperti yang telah hambe terangkan secara
ringkas pada publish yang sebelum ini..pest and disease kepada umat islam yang hambe fikir ada pada waktu ini adalah...
1.Hiburan
2.Sukan
3.Islam liberal
3.Perundangan barat
4.Demokrasi
5.Pentadbiran dan ekonomi yang tak mengikut islam.
6.Sikap buruk dalam diri
1.Hiburan
Dewasa ini,hiburan telah menjadi suatu kemestian kepada masyarakat islam khususnya orang melayu sendiri..tanpanye..sebilangan manusia seolah2
hilang punca,hilang pedoman,resah gelisah jikalau tak mendengar radio,rase tak kena jikalau tak dengar lagu artis kesayangan,merasakan seharian
tak lengkap jikalau tak menonton filem atau drama dan bermacam2 lagi kiasan..kenapa sebilangan manusia memerlukan hiburan?..bermacam2 jawapan yang
akan diberikan..kebanyakan mengatakan yang die mahu menghilangkan kebosanan, mahu mengisi masa lapang dan mahu menghiburkan diri..tetapi sedarkah
orang melayu sekarang yang hiburan yang melalaikan sebenarnye adalah perosak kepada umat islam..ini kerana disebabkan hiburanlah yang menyebabkan
orang melayu lupa kepada Allah..disebabkan hiburanlah yang menyebabkan orang melayu membuat perkara2 mungkar..Kite lihat berkenaan dengan lagu..
lagu yang melalaikan yang berulang2 kali didengar akan secara tak langsung akan menganggu ibadah kite..pasti lagu2 itu akan di"play" balik
dalam imiginasi kite sewaktu solat dan ini secara tak langsung akan menganggu solat kite..begitu juga dengan filem2 atau drama..pasti kite akan
terbayang2 balik cerite yang kite lihat sewaktu kite solat..jadi dimanakah kesempurnaan solat itu..kite lihat pula dalam situasi konsert..kite lihat
rantaian dosa yang dibuat apabila melihat konsert..first..apabila sifulan hendak pergi ke konsert..mestilah sifulan itu nak datang awal..
konsert start pukul 8.00 mlam..mestilah paling kurang pkul 7.oo mlam mereka dah terpacak dekat situ..jadi solat maghrib dah tertinggal..kemudian
kalau sifulan itu datang dengan couple..dapat satu lagi dosa..sebab bersekedudukan..kemudian bile konsert dah start..dapat lagi satu
dosa sebab lihat aurat penyanyi..dalam industri hiburan yang tutup aurat..boleh bilang dengan jari kaki sahaja..kemudian kalau kena konsert liar..
sifulan itu tak teragak2 nak minum arak..dapat satu lagi dosa..kemudian dah habis konsert..kepala dah pusing mulalah sifulan tu nak berzina dengan
couple die..dapat lagi stu dosa..masyallah..inilah realiti sekarang..
Kemudian kite lihat pula berkenaan dengan rancangan2 di tv yang sebenarnye amatlah membimbangkan hambe kerana ia memberi impak yang maksima
kepada masyarakat kite..bile kite bukak tv pun dah dapat dosa sebab lihat orang yang tak menutup aurat.. dengan banyaknnye pertumbuhan rancangan realiti di tv,drama dan
filem bagai "katak meng"ong" selepas hujan" yang sebenarnye memberi impak yang sangat negatif kepada masyarakat melayu..ini kerana rancangan sebegini
telah menghilangkan minat orang melayu untuk mendalami agama islam seterusnya untuk mengamalkan amalan agama islam yang sebenar..kerna orang melayu
akan terus leka apabila melihat perkara2 macam ini..Ade beberapa rancangan di tv yang memang hambe xbersetuju..1.rancangan realiti mencari penyayi/pelakon baru..
kerna ia menggalakkan orang melayu menjadi penyanyi/pelakon disamping mendatangkan dosa kepada penonton..2.Rancangan drama yang memaparkan cinta dan imej kaya..
kerna ia menggalakkan orang melayu bercouple dan bermewah2..3.Rancangan kartun..kerna ia melekakan kanak2..4.Iklan..kerna banyak iklan yang menjolok mata..
5.Rancangan sewaktu waktu solat..kerna ia melengahkan penonton untuk solat..6.filem dan drama barat..kerna penonton akan terpengaruh dengan budaya barat..
7.Rancangan gosip artis..kerna ia menggalakkan orang untuk mengupat..jadi jelas kite lihat banyaknye keburukan yang ade seperti yang hambe katakan di atas..
itu belum ditambah dengan majalah hiburan yang memaparkan maksiat dan umpatan.. tv tak dinafikan memang ade perkara yang baik seperti forum agama,ceramah dan
berita tetapi seimbangkah rancangan itu dengan rancangan hiburan?..
Buat "penggiat seni" diluar sana..ingatlah bahawa ape yang anda buat ini adalah salah. kerna anda telah melalaikan masyarakat islam dengan perkara2
hiburan yang tak disukai oleh Allah..ingatlah..nyanyian dan lakonan anda adalah berdosa jika ia telah menyebabkan umat islam leka dari agama..tidakkah
anda sedar perbuatan anda mendedahkan aurat bukan sahaja mendatangkan dosa kepada anda bahkan menyebabkan ribuan orang yang menonton mendapat dosa sama?..
Tidakkah anda sedar yang hiburan ini merupakan senjata syaiton dan yahudi untuk menyesatkan umat islam..? adakah anda yakin yang rezeki itu diberkati
jika pekerjaan ini melalaikan manusia?..ingatlah anda akan mendapat dosa juga jika peminat anda mengikut perkara buruk yang anda telah
tunjukkan kepada mereka..ingatlah..bekerja di kebun sayur adalah lebih baik bagi anda daripada menjadi penyanyi/pelakon..hambe tiada niat untuk menghina
sesiapun didalam industri hiburan..cume hambe ingat lihat mereka berubah..berubahlah..hambe doakan supaya penggiat seni diberi petunjuk oleh Allah untuk
untuk berubah..amin..(penggiat seni yang memperjuangkan agama islam terkecuali dari perkara diatas)
Kesimpulannye..bersamalah kita mengurangkan penglibatan kite dalam hiburan yang melalaikan kerna jelas hiburan telah menyebabkan kite alpa..disamping itu bersamalah
kite menyebarkan keburukan hiburan ini demi bangsa kite..kite tentunye tak mahu lihat masyarakat kite hancur kerna perkara2 sebegini..tentang perkara 2,3,
4,5 dan 6 insyallah hambe akan kupas di lain kesempatan..Wallahua'alam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment