Thursday, 13 May 2010

Mentor..ajarku sifu


Seorang peserta uji bakat yang begitu bersemangat menyampaikan lagunya





Hari ahad minggu lepas..hmbe telah lihat rancangan preview mentor(sebenarnya rancangan mentor ni mengarut je)..pada episod tu ditunjukkan seorang protege lelaki telah menangis kerna tak dapat perfom dengan baik..ditunjukkan juga mentornya turut menangis berduet bersama2..

Komen: Alahai..touchingnya la laki ni..sebab menyanyi pun boleh menangis..buat malu kaum hmbe je..kalu protege pompuan nangis..tak kisah la coz memang pompuan mudah sensitif..ini laki yang nangis..memang tak patut langsung..kalu protege tu nangis sebab dosa ke..sebab tinggal solat ke..sebab tinggak ibadat..bagus la jugak..ini disebabkan xperfom nyanyi boleh nangis..alahai..buat malu kaum laki je..kalu hmbe jadi protege tu..memang hmbe quit terus dari mentor tu dan tak keluar rumah selama sebulan..malu besar weii..

Alang2 hmbe cerita pasal laki nangis ni..hmbe nak ceritakan pasal seorang kwan hmbe mase study dulu..kwan hmbe ni memang garang..kirenye bengkeng+hati kering la..kalu orang salah cakap dengan dia..silap haribulan memang kena maki hamun dengan dia..

Nak dijadikan cerita..satu hari awek dia tepon..mase tu hmbe dan kwan2 lain ade dekat ngan dia ni..jdi kami dpat dengar perbualan dia..awek dia tepon sebab nak mintak clash..bila dia ni dengar aweknya nak mintak clash..terus berubah air mukanya dan beredar dari kitorang untuk mendapatkan privacy..mulanya kami tak hairan pun dia nak melilau ke mana2..tapi memandangkan dah lama sangat dia menghilang dan memandangkan kelas pun nak start..maka kami pun menyiasat..cari punya cari akhirnya kami ketemui dia ni kat dalam tandas..

Rupa2nye dia tengah menangis tersedu2..ape lagi kena gelak sakan la ngan kitorang..selama ni nampak je bengkeng+hati kering..tapi bila kena bab pompuan boleh menangis tersedu2..lucu betul kawan hmbe sorang ni..


Konklusinya..tak semua yang kita nampak keras orangnya..hatinya juga keras..dan tak semua yang kita nampak lembut orangnya..lembut juga hatinya..


(Penghujung entry ni cam lari je dari tajuk utama..mmm..biar je la)

Friday, 7 May 2010

Memancing


Kebiasaannya apabila pemancing tak dapat ikan..mereka akan pergi ke tempat macam gambar di atas untuk membeli ikan kerna risau dimarahi oleh orang rumah...






Memancing..memancing merupakan satu aktiviti untuk menangkap ikan..boleh dilakukan secara solo atau beramai2..pelbagai tujuan kenapa orang memancing..ada yang kata sebagai hobi..ada yang kata mahu mengisi masa lapang..mahu hilangkan stress..tetapi pada entry kali ni..hmbe tak nak bercerita pasal perihal atau tip2 memancing..hmbe nk cerita pasal sikap segilintir pemancing..

Baru2 ni hmbe pergi memancing dekat sebuah kolam pancing berbayar..kolam pancing tu memang famous kat satu daerah tu(daerah dirahsiakan,lokasi kat utara tanah air)..memang selalu menjadi tumpuan kaki pancing..hmbe ni bukannye minat sangat nak memancing..tetapi disebabkan ingin tahu keadaan di kolam pancing pada waktu malam..selain tak nak menghampakan ajakan rakan yang tak nak memancing secara single player..maka hmbe pergi la memancing kat kolam tu..

Lepas habis waktu pejabat pukul 5 ptg dan mempersiapkan kelengkapan pancing dan solat..maka hmbe n mmber bergerak la ke kolam pancing tu..sampai disana dah pukul 6 ptg..sampai kat kolam dan lepas daftar pancing..hmbe pun cari la port yang sesuai dan start memancing..ramai juga orang yang memancing kat kawasan kolam tu..tak kurang dari 50 orang..

Then..apabila masuk waktu maghrib..hmbe dan mmber pi la solat maghrib kat surau yang disediakan oleh pihak pegurusan kolam..mase hmbe pi solat..ade 3 orang yang pi solat termasuk seorang lagi pemancing..lpas solat maghrib hmbe smbung mancing seperti biasa..tempat port hmbe memancing memang dekat dengan surau..so hmbe memang nampak dengan jelas siapa yang yang pi surau.. bermula selepas maghrib kejadian yang pelik telah berlaku..

kejadian yang pelik itu bukanlah disebabkan ade orang yang dapat ikan jerung atau pun
ade yang dapat buaya..tetapi kepelikan yang berlaku adalah..daripada waktu maghrib hingga isyak..tiada seorang pun pemancing lain yang berjumlah lebih kurang 50 orang pi solat kat surau tu..depa semuanya tak berganjak dari kolam..

Nak kata depa period tak juga..sebab kesemua kaki pancing tu lelaki..nak kata depa gila atau sakit sampai tak boleh solat tak jugak..sebab hmbe tengok depa sihat walafiat..siap boleh tarik ikan 5-6 kilo..nak kata surau takda..tak jugak sebab surau memang dah ada..dekat pulak tu..kalau berguling pun boleh sampai kat surau tu..
nak kata depa sibuk ligan ikan sampai tak boleh tinggal pancing..tak juga..sebab hambe tengok ada pemancing yang tak dapat ikan langsung pun ade..tahan hmbe lagi..dapat jugak 2-3 ekor ikan..jadi mengapa depa tak boleh tinggal sat pancing pi solat

Keadaan yang sama juga berlaku apabila masuk waktu solat isyak..pemancing2 tadi tak de pun pi solat kat surau..pemancing2 tu dok melengok je mengharapkan umpan dimakan oleh ikan sambil hisap rokok daun..tak pe la..bab solat isyak kita sangka baik..mungkin depa solat kat rumah..

Sebenarnya hmbe pn trkejut dengan dengan situasi yang hmbe lihat tu..tak sangka disebabkan memancing senang2 je tinggal solat..padahal kalau depa tinggal sat mancing
bukannye rugi pe pun..depa boleh sangat suruh kawan jaga pancing..tapi depa tetap tak nak buat..kesian jugak hmbe tengok depa..rase mcam nak tegur pun ade..tetapi disebabkan iman lemah..hmbe mampu tegur dalam hati je la..

Inilah realitinya umat melayu islam sekarang..ramai yang meninggalkan solat disebabkan perkara dunia..ini baru disebabkan memancing..belum lagi lagi dilihat orang yang meninggalkan solat disebabkan kerja..disebabkan pi pasar malam..disebabkan malas..disebabkan bermusafir..disebabkan tak bangun subuh dan banyak lagi sebab2 yang hmbe sendiri pun tak larat naik taip..

Itu belum lagi dilihat bagi orang yang solat..ramai juga yang mengabaikan solat dengan solat nak dekat habis waktu..ramai juga orang yang solat dengan cincai..ala kadar je..solat ekspress..mengalahkan bas ekspres lagi tu.. kalu bab solat ni..yang hmbe paling menyampah kalau tengok orang laki solat dengan pakai kain pelikat je..tak hormat langsung dengan ALLAH..kalu nak jumpe awek..bukan main smart..cube orang macam tu jumpe awek dia pakai kain pelikat je..confirm lari awek tu..tak pun cube menghadap sultan pakai kain pelikat je..mau kena tempeleng dengan sultan..tapi orang macam ni tahan lagi la dari orang yang tak solat terus..

Jadi tak hairan la sekarang ni macam2 benda jahat yang berlaku..bila seseorang tu tak solat..dia akan jauh dari ALLAH..bila jauh dari ALLAH..dia tak dapt rahmat,taufik hidayah ALLAH..bila tak dapat taufik,rahmat dari ALLAH..dia akan mudah melakukan perkara jahat..bila ramai orang dah buat benda jahat..maka huru hara lah masyrakat..bila masyarakat huru hara..hidup kita pun akan jadi tak tenteram..inilah implikasi yang terjadi kepada individu dan masyarakat apabila ramai orang yang tak solat..

Moral of the story..bersyukur la kita kepada tuhan kerna mendapat taufik dan hidayah untuk mengerjakan solat..kerna ramai lagi orang diluar sana yang tak solat..dan bersama2 lah kita membuka perhatian kepada masalah ini..dan same2 memikirkan apakah tindakan yang boleh dilakukan..ok..finish

Ketika Kesunyian Datang





Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari..yang ketika hal itu terjadi..kita merasa diri amat hampa..ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana..hati terasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga..

Bila hal itu terjadi taktala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita..tak ada tempat untuk berkongsi cerita,berkongsi duka dan berkongsi rasa..hidup akan terasa semakin terseksa hingga tak lagi bermakna..

Bila itu yang kita rasakan..mungkin ada yang selama ini yang kita lupakan..bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan tertegun dalam kesunyian..di saat itu sebenarnya ALLAH ada..DIA selalu memantau dan mememani kita dengan kasih sayang yang begitu mendalam..DIA akan selalu mengiringi tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini..

Namun,hal itu hanya bisa terjadi bila kita mahu meyakini bahawa ALLAH itu benar adanya dan tentunya nama-Nya tertera dalam hati kita..dengan kata lain..kita mahu megimani dan mencintainya dengan sepenuh jiwa..


Pernahkah kita menyedari hal itu?


ALLLAH telah memberikan begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita..ALLAH telah membuat hati yang gelisah menjadi tenang..yang suram menjadi bercahaya..yang lugu menjadi dewasa..dan yang kerdil menjadi raksasa..sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan..kerna boleh jadi ALLAH menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita terhadapnya..sehingga dengan sepi itu kita mampu lebih khusyuk mendekatinya..

Rasulullah SAW bersabda,
"Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa" ( Riwayat Muslim)

Sunday, 28 March 2010

Alhamdulillah






Alhamdulillah
Artist: Opick
Song Category: Nasyid
Bersujud kepada Allah
Bersyukur Kepada Allah
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkamu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


=Alangkah damainya dengar lagu mcam ni

Monday, 22 March 2010

Kemalangan maut..kematian yang tak disangka..


Kite pasti kan mati suatu hari nanti

Pada entry kali ni..hambe ingin ceritakan pengalaman melihat kemalangan maut dengan mata kepala sendiri..live punye..yang mane telah memberi kesan terhadap hambe sampai sekarang..

Kejadian berlaku mase hambe bekerja kat station mnyak lepas hbis blajar dlu..kat dpan shell batu8 kuantan..kejadian tu berlaku pada hri rya ke3,4 atau 5..entahlah..hmbe pn dh tak ingat ngan tepat hri rye ke berapa..tapi dlam lingkungan tu juga la..siap de masuk tv3 tu..tapi muke hmbe xde la msuk dlam tv3..

mase tu hmbe tengah bagi baki duit kat cstumer..membelakangi jalan besar depan shell..kemudian tak semena2nye beberapa orang cstmer menjerit ternampak sesuatu kat jalan besar..bile hmbe toleh kat jalan besar tu..

Dumn!!!..hmbe nampak sebuah mtor superbike melanggar seorang pejalan kaki..disebabkan pelanggaran yang kuat tu..mtor sperbike tu melambung tercampak kat atas divider jalan..hmbe pn plik jugak..mcm ne mtor tu boleh melambung kat atas divider jalan disebabkan melanggar seorang pejalan kaki..maybe penunggang mtor tu
tarik brek depan ngan kuat ditambah ngan keadaan mtor yang tengah laju..maybe sbb tu la mtor tu melambung..

ok..smbung blik cerita..lepas tengok pelanggaran tu..hmbe n beberape cstmer pergi kat jlan besar tu..seorang cstmer pergi kat tengah jalan..berhentikan kenderaan yang datang ke arah tempat accident tu..berani btul cstmer tu..hmbe pn tak brani..karang tambah sorang lg kne langgar..kemudian lepas kenderaan lain slow..hmbe n org kt situ pergi kat tengah jalan tu..pejalan kaki tu seorang uncle cina..dh terbaring kaku kat atas jalan..ade sorang tu check nadi uncle tu..dh xde nadi uncle tu..mati mase tu jugak..keadaan uncle mse tu tak teruk sangat..cume berdarah kat tangan and kepala..tp dh ajal die kat situ..tamat sudah riwayat uncle tu kat atas muke bumi ni..

Pastu hmbe hmbe pergi tengok penunggang mtor sperbike yang tercampak kat atas divider jalan..penunggang ni seorang melayu..penunggang ni hmbe tak sanggup nk tengok..muke hancur..tak nampak rupe n penuh ngan darah..mse tu dh rmai org dtg tengok accdent tu..plis pn dh dtg..mase tu penunggang dh tinggal nyawa2 ikan..dh nazak..tercungap2 penunggang mtor tu..mmg nyawa die dh smpai kt kerongkong..mmg dh tak boleh diselamatkan..hmbe dh tak sanggup tengok keadaan penunggang tu..lantas hambe balik semula kat station minyak..lepas tu ambulan smpai n bawa kedua2 mangsa ke hospital..tak lame lepas tu hambe dpat tahu..penunggang melayu tu dh meninggal..inalillah..sampai sekarang kejadian tu masih segar di ingatan hambe..

Moral of the story..Apabila ajal sudah sampai..kite akan mati..tak boleh dilambat stu saat atau dicepatkan satu saat..samada kite bersedia atau tak..apabila masenye telah sampai..kite pasti akan mati..

Oleh itu marilah kite same2 membuat persiapan untuk menghadapi kematian yang tak boleh dijangka dengan iman and amal yang sahih..dan jangan terlalu leka dengan dunia yang fana ini terutamanye bagi penulis blog ni sendiri..ok..finish..

Apa nak jadi Bangsaku(3)


Kucing tidak pernah mencatatkan sebarang kes pembuangan anak..gambar hiasan



Pagi tadi hmbe menatap Berita harian..muka hdapan skali terpampang gambar wajah seorang bayi..byi yang telah ditinggalkan oleh insan yang takde perikemanusian..ditinggalkan di belakang sebuah pasaraya di ipoh,perak..mujur bayi tu masih hidup..diberitakan bayi tu tak boleh nk mngis coz dh terlalu sejuk n capek..menyedihkan..kejadian buang bayi sebelum ni lagi dasyat..bayi dibakar dalam tong sampah..Allah ya Rabbi..sungguh kejam si durjana pembunuh ni..dan banyak lagi kisah yang tragidis pasal membuang bayi ni..


Hnbe walaupun seorang laki..tetapi bile tgok kes pembuangan bayi...rase nak nangis pn ade..mmg sdih..jadi hmbe terfikir..walaupun hmbe seorang laki..tp msih de perasaan kasihan kat byi malang tu..kenapa wanita dan pasangannye yang membuang anak tu takde rase kasihan langsung?..tergamak membuang anaknye sendiri..wanita dan pasangannye tu lebih teruk dari haiwan..haiwan yang ganas cam harimau and buaya pn tak pernah membuang anaknye..kalau dah sanggup buang bayi memang mereka tu lebih teruk dari haiwan..

Tak sedih ke pasangan durjana ni membiarkan anaknye dalam kesejukan dan lapar..tak sedih ke pasangan durjana ni membiarkan anaknye digigit oleh anjing jalanan..tak sedih ke pasangan durjana ni membiarkan anaknye mereka lemas dalam longkang.. dan tak sedih ke pasangan durjana ni membiarkan anaknye kesakitan meraung sebab dibakar!!!

Inilah akibatnya bila insan sudah tak berpegang kepada ajaran islam..mereka akan mengikut hawa nafsu semata2 dan menjadi lebih teruk dari haiwan..

So persoalanye skrg..apakah tindakan kite untuk mencegah perkara macam ni?

Friday, 19 March 2010

Blogger2 sekalian..


Lindan menangkis serangan chong wei..gambar hiasan



Hari ni..hambe nak smash blogger politik yang suke mencarut and membuat fitnah kat orang lain..macam smash lindan kat chong wei..

Sepanjang pengalaman hambe membaca blog2 politik..kebanyakan blogger politik memang suke mencarut and memfitnah..tak tau la ape yang bestnya..dapat dosa besar ade la..kalau ape yang diorang dakwa tu benar..dapat dosa jugak sebab dah mengumpat..kalu tak betul..dah jadi fitnah pula..lagi besar dosa..lebih besar dari membunuh..sedangkan mengumpat dalam hati pn dapat dosa..apatah lagi kalau mencarut,mengumpat,mengaibkan and memfitnah..

Kalau betul la blogger2 ni nak betulkan seseorang tu..tulis la ngan elok2..jangan la memfitnah,mencarut and berdusta..hambe percaya blogger2 ni bukannya ikhlas sangat nak betulkan orang..kalau diorang betul2 ikhlas..tak kan punye diorang mencarut and memfitnah..nak lagi bagus..baik diorang jumpa sendiri ngan orang yang dia nak betulkan tu..nasihat face to face..baru la ade beran..ini tak..cakap berapi2 dlam blog..bile polis cari..mulalah kecut perut..persoalan orang tu nak ikut nasihat ke tak..itu perkara yang kedua..ape yang penting..perkara tu dah disampaikan..kan senang..pahala pun dapat..

Moral of the story..Wahai blogger2 politik berhati2lah ngan setiap ape yang anda tulis..coz kalau pembaca anda terikut ngan benda yang tak betul anda tulis..tak pasal2 anda dapat dosa kering..