Mase tengah google tadi..terjumpe la surat ni kat blog orang..mungkin kalian pernah baca surat ni..ape pun.. surat ini tidak dapat dipastikan kebenarannya..dalam blog tu dia kata surat ni betul..kalau betul..memang tak betul mamat ni..,
Suratnya...
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Tuan Pengurus Besar Kanan Malaysia Airlines System21 Sep 2005
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no
k/p831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang
teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh
tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu
saya mengaku sebab saya mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang
petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja
disini.
1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah
seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta
merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa
tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.
Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ..
4. Pengalaman kerja :
Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, KualaLumpur
(kedai gemok)p/s (alignment kat situ tipu)
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan.
Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja
disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira
&seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja disyarikat
tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguhdisamping
bangun awal dan datang kerja awal.
Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkapbeberapa
kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap
ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini.
Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak
boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.Untuk
makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan
bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga
berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencurisaya
akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri.
Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak
tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan
bacaan yasin. Dan kunjungan org ramai.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4 Taman Bukit Indah
68000 Ampang,Selangor
p/s: Hambe rasa surat ni rekaan semata2..tapi memang kreatif gak penulis surat ni..layaan..